Perodua Axia D74A baharu tiada varian manual; Axia “kompang” lama diteruskan dengan naik taraf?

Perodua Axia generasi D74A 2023 telah disahkan hadir dengan model transmisi automatik sahaja. Keempat-empat varian Axia baharu dikuasakan oleh enjin 3-silinder 1.0 liter aspirasi semulajadi 1KR-VE yang dipadankan dengan transmisi automatik D-CVT yang memacu roda hadapan.

Hasilnya, harga asas bagi Perodua Axia baharu juga telah meningkat, daripada RM 24,090 generasi sebelumnya untuk Axia 1.0E MT, kepada RM 38,600 untuk generasi baru Axia 1.0G CVT.

Harga Perodua Axia baharu 2023 adalah seperti berikut:

  • Axia 1.0 G: RM 38,600
  • Axia 1.0 X: RM 40,000
  • Axia 1.0 SE: RM 44,000
  • Axia 1.0 AV: RM 49,500

Walau bagaimanapun, Perodua telah mengesahkan bahawa ia akan terus mengeluarkan Axia 1.0E MT lama, dijual bersama-sama dengan model baharu.

Bukan setakat itu, Perodua juga membayangkan bahawa beberapa kemas kini akan ditawarkan pada varian asas Axia 1.0E MT, butiran lanjut akan diumumkan kemudian.

Walaupun Axia 1.0E MT dikenali di kalangan rakyat Malaysia sebagai Axia ‘sekolah memandu’, Perodua mengesahkan bahawa sekolah memandu bukanlah pembeli terbesar Axia manual.

Sebaliknya, pembeli di kawasan luar bandar membentuk sebahagian besar varian ini, jadi jangan harap untuk melihat varian ini di bilik pameran berdekatan anda, terutamanya jika anda tinggal di bandar.

Perodua Axia 1.0E MT “lama” baharu ini juga dijangka akan hadir dengan kemaskini harga berikutan peningkatan ciri kelengkapan.

Baca: Perodua Axia: Berapa kos jagaan untuk tempoh 5 tahun?

Source: Perodua Axia D74A baharu tiada varian manual; Axia “kompang” lama diteruskan dengan naik taraf?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

WelfulloutDoors.com