Monster Yamaha pilih Jakarta lokasi dedah jentera MotoGP 2023, Malaysia ada ke?

Saingan MotoGP musim 2023 akan membariskan 11 pasukan bertanding dan salah satu pasukan, Monster Yamaha MotoGP memilih Jakarta, Indonesia sebagai lokasi untuk mendedahkan seragam dan jentera baharu pasukan itu bagi musim ini.

Dan seperti tidak menunggu masa yang lama, pasukan itu meletakkan tarikh 17 Januari ini untuk majlis berkenaan.

Jentera dan liveri yang digunakan Monster Yamaha MotoGP bagi musim 2022

Menurut maklumat, tarikh pendedahan jentera dan seragam baharu Monster Yamaha MotoGP yang bakal digunakan Fabio Quartararo dan Franco Morbidelli itu dipilih bersempena mesyuarat ‘Yamaha Indonesia Motor Manufacturing 2023 ‘3S Dealer Meeting’.

Sebagai info, mesyuarat itu adalah yang terbesar di dunia dalam rangkaian Yamaha.

Fabio Quartararo

Begitupun, tiada sebarang aktiviti membabitkan media dijadual berlangsung membabitkan pelumba dan pasukan.

Ia hanya berlangsung ketika ujian rasmi MotoGP yang dijadual di Malaysia pada Februari nanti.

Musim lalu, Quartararo yang juga juara dunia musim 2021 tewas dalam pemburuan mempertahankan kejuaraan kepada pelumba Ducati, Francesco Bagnaia sekalipun pada satu ketika memiliki kelebihan besar di depan pencabarnya itu.

Yamaha pada musim ini akan mempertaruhkan dua jentera di atas litar selepas pasukan satelit jenama itu, RNF memilih untuk menyertai Aprilia.

Krew dan pelumba pasukan Cryptodata Aprilia RNF Motogp Team

Selepas Monster Yamaha, pasukan berikutnya yang dijadual memdedahkan jentara dan seragam baharu bagi musim 2023 adalah Gresini Ducati iaitu pada 21 Januari diikuti Ducati (23-24 Januari).

Pasukan yang mempunyai ‘kaitan’ dengan Malaysia, Cryptodata Aprilia RNF Motogp dijadual melakukan pendedahan pada 16 Mac.

Francesco Bagnaia

Jika melihat kepada jadual ‘pendedahan’ jentera musim 2023, tiada pasukan dijangka mendedahkan jentera terbaharu mereka ketika sesi ujian rasmi MotoGP di Malaysia yang dijadual pada 10 hingga 12 Februari depan.

Hantaran MotoGP di Twitter di bawah adalah tarikh pendedahan jentera dan seragam bagi pasukan MotoGP 2023.

Sumber imej: FB Monster Energy Yamaha MotoGPFabio QuartararoCryptodata Aprilia RNF Motogp TeamFrancesco Bagnaia

Source: Monster Yamaha pilih Jakarta lokasi dedah jentera MotoGP 2023, Malaysia ada ke?

Leave a Reply

Your email address will not be published.

WelfulloutDoors.com