
Seperti yang anda tahu, keluaran Honda Odyssey di Jepun telah dihentikan pada akhir tahun lepas. Menariknya, menurut laporan BestCarWeb baru-baru ini, Honda mungkin mengimport Odyssey dari China kerana kilang di sana masih memasang MPV tersebut.
Sumber dalaman buat Honda Japan mengulas, “Mengenai berita tentang Odyssey, kami tidak mahu menjawab sebarang pertanyaan tetapi kami akan membuka peluang mengenai pengembalian model tersebut”.
Dengan tertutupnya kilang Sayama yang memasang Odyssey, Honda sebenarnya mempertimbangkan untuk mengimport MPV itu dari GAC atau Dongfeng. Bagi anda yang belum tahu, kedua-dua pengedar MPV adalah menjual kereta sama. Cumanya, rakan jualan sahaja yang berbeza.
Satu sumber dari China, Yiche, memberitahu bahawa Odyssey spesifikasi Jepun mungkin ditawarkan dengan pilihan 4 tempat duduk yang lebih mewah, mungkin dipanggil sebagai Odyssey Elite.

Kalau anda nak tahu, berita Honda mengimport model luar ke Jepun bukanlah perkara asing. Pada lewat 80-an, mereka pernah mengimport Accord Coupe generasi CA dari Amerika. Malah, baru-baru ini juga, Honda mengimport Accord generasi ke-10 dari Thailand. Pelik tapi tak hairan kan?
Source: Jepun mungkin import Honda Odyssey buatan China memandangkan kilang Sayama sudah tutup