2023 Perodua Axia D74A menyusul – D-CVT, tiada turbo kekal 1.0 NA sekarang!

Perodua dijangka akan mengurangkan bilangan model manual dalam masa terdekat, kerana sumber yang arif mengenai perkara tersebut telah memberi bayangan bahawa Perodua Axia generasi baharu akan hadir dalam transmisi automatik sahaja.

Pada masa ini, Perodua Axia menawarkan pilihan automatik 4-kelajuan atau manual 5-kelajuan pada varian asas Axia 1.0 E.

Tombol gear Perodua Alza

Selepas pengenalan Axia D74A, barisan model Perodua berkemungkinan besar akan menggunakan sepenuhnya transmisi CVT sahaja, seiring dengan model Perodua yang baru dilancarkan, termasuk Myvi D51A, Alza D27A, dan Ativa D55L.

Enjin 1KR-VE

Walaupun Axia D74A akan mendapat transmisi baharu, sumber tersebut juga menyebut bahawa hatchback segmen A baharu ini akan mengekalkan enjin 3-silinder 1.0 liter yang beraspirasi semula jadi. Dengan nama kod 1KR-VE, enjin ini mampu menghamburkan sekadar 68 PS dan 91 Nm.

Baca: Perodua Axia D74A turbo mungkin debut pada 2023 di Indonesia, tetapi rakyat Malaysia usah teruja sangat. Kenapa?

Mengapa Axia D74A tidak ditawarkan enjin baharu?

Toyota Agya TRD spesifikasi Indonesia

Kembar Perodua Axia dari Indonesia, Toyota Agya dan Daihatsu Ayla telah dilaporkan untuk menerima bukan satu, tetapi dua enjin baharu. Enjin pertama ialah enjin 3-silinder 1.0 liter turbo seperti yang ditawarkan pada Ativa, manakala pilihan kedua ialah enjin 1.2 liter aspirasi semula jadi.

Enjin 1.0 liter turbocaj lebih sesuai untuk Indonesia kerana ia akan menjadi naik taraf kuasa dari enjin 1.2 liter tetapi di Malaysia, Perodua Axia mengekalkan enjin 1.0 liter NA yang lebih kecil, menyebabkan jurang kos boleh menjadi terlalu besar sekiranya enjin turbocaj Ativa dimasukkan.

Walau bagaimanapun, enjin ini tidak mungkin ditawarkan di Malaysia kerana Perodua perlu mengekalkan kos Axia D74A justeru dengan mengekalkan enjin yang sama seperti sebelum ini, Perodua boleh menyalurkan penjimatan ini kepada pelanggannya.

Baca: Perodua: Pendigitalan proses vendor bantu harga Alza kekal rendah walaupun kos bahan mentah meningkat

Apa lagi perincian baharu lain?

Sumber itu juga memberitahu bahawa Axia D74A lebih rendah dan lebih panjang daripada model sekarang. Berdasarkan rajah di atas, Perodua Axia generasi sekarang berukuran 3,645 mm panjang, lebar 1,620 mm, dan mempunyai ketinggian 1,510 mm. Jarak rodanya adalah 2,455 mm.

Sekain itu, pengeluaran percubaan Axia sudah dijalankan di kilang Perodua di Rawang, hatchback kecil itu mungkin akan melakukan kemunculan lebih awal daripada jangkaan.

Baca: Spekulasi: Perodua Axia baharu D74A debut Feb 2023 – 6 beg udara, D-CVT dan DNGA!

Source: 2023 Perodua Axia D74A menyusul – D-CVT, tiada turbo kekal 1.0 NA sekarang!

Leave a Reply

Your email address will not be published.

WelfulloutDoors.com