Pemandu tidak bertanggungjawab yang menggunakan lorong kecemasan ketika berada dalam kesesakan jalan raya patut menerima hukuman setimpal kerana boleh membahayakan nyawa orang lain, terutama sekali yang memerlukan ambulans.
Satu video tular dikongsi oleh Ridzuan Yusof di Facebook menunjukkan beberapa buah kereta, termasuk sebuah Honda HR-V dan Toyota Hilux, menggunakan laluan kecemasan di satu lebuh raya sehingga menyekat perjalanan sebuah ambulans.
Saksi kejadian, seorang pemandu lori, merakam insiden berkenaan dan menekan hon beberapa kali untuk “membantu ambulans” terlibat supaya pemandu yang menghalangnya cepat-cepat beralih ke laluan asal.
Ambulans berkenaan dilihat hanya dapat bergerak sedikit demi sedikit, sekaligus melambatkan operasi kecemasan.
Netizen rata-rata mengecam tabiat pemandu-pemandu tidak bertimbang rasa yang terlibat. Sebagai info, rakaman sebegini boleh digunakan sebagai bahan siasatan oleh pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi kesalahan salahguna lorong kecemasan dan surat saman boleh dihantar kepada pemilik kenderaan dengan menggunakan nombor pendaftaran kenderaan terlibat sebagai rujukan.
Pemilik kenderaan terlibat boleh dikenakan tindakan saman di bawah Kaedah 53(1) Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 di atas kesalahan memandu di lorong kecemasan.
Juga baca: Padah guna lorong kecemasan, pemandu Toyota Hilux disaman, video tular jadi bukti!
3 pemandu salahguna lorong kecemasan serah diri di Balai Trafik PD, 6 masih dikesan
Solat di lorong kecemasan, ibadah atau padah?
Source: Video tular kereta halang ambulans di lorong kecemasan, boleh ‘report’ PDRM ni!