Motosikal elektrik Blueshark yang dipasang di Malaysia bakal tembus pasaran Indonesia dan Vietnam!

Belum pun dilancarkan di Malaysia, jenama motosikal elektrik Blueshark nampaknya sudahpun ditempah untuk ke pasaran ASEAN lain.

Sebanyak 23,000 unit tempahan awal akan dihantar ke dua negara iaitu Indonesia dan Vietnam bermula suku pertama tahun ini, menurut laporan Berita Harian.

“Ini adalah peristiwa penting bagi Kumpulan, selain usahanya dalam perniagaan kenderaan elektrik beroda empat (EV) yang diumumkan sebelum ini,” kata kenyataan itu.

Susulan itu EPMB, melalui anak syarikat milik penuhnya EP Blueshark Sdn Bhd, menandatangani Perjanjian Induk hari ini dengan Averte Global Pte Ltd yang berpangkalan di Singapura dan Blueshark Group Ltd yang berpangkalan di Hong Kong, di mana Averte dan Blueshark telah bersetuju untuk menjadi rakan kongsi usahasama dan pembeli.

Perjanjian pembelian itu katanya, akan berkuat kuasa selama lima tahun dari tarikh Perjanjian Induk ini dan boleh dilanjutkan dengan persetujuan bersama.

“Sepanjang tempoh lima tahun, EP Blueshark dijangka membekalkan sekurang-kurangnya dua juta e-Bikes kepada pembeli.

“Harga bagi setiap e-Bike dijangka berada dalam lingkungan AS$1,850 hingga AS$3,900 (RM8,136 hingga RM17,152).

“Perlu ditekankan bahawa EPMB telah bekerjasama dengan Sharkgulf Technologies Group Ltd yang berpangkalan di China untuk memasang, mengeluarkan dan mengedarkan EV dua roda berjenama Blueshark, yang menyasarkan pasaran Malaysia dan Asia Tenggara yang lain,” katanya.

Syarikat itu turut berkata berkata Pusat 3S Blueshark pertama milik syarikat itu bakal dibuka tidak lama lagi di Glenmarie turut membuktikan komitmen mereka untuk memperkayakan infrastruktur tempatan dan membekalkan sokongan ekosistem yang utuh buat para penunggang sepanjang tempoh program rintis dan selanjutnya.

Baca: Blueshark R1 dipertontonkan, skuter elektrik canggih lengkap ADAS, panel meter 10 inci IPS, pelancaran Q3 2023!

Source: Motosikal elektrik Blueshark yang dipasang di Malaysia bakal tembus pasaran Indonesia dan Vietnam!

Leave a Reply

Your email address will not be published.

WelfulloutDoors.com