Honda ADV 160 (2023) ‘mendarat’ di Malaysia, ganti ADV 150, ada HSTC, harga asas RM 12.9k!

Seperti jangkaan, Boon Siew Honda (BSH) melancarkan skuter terbaharu jenama itu yang membuat debut ‘premiere’ di Indonesia, Honda ADV 160 (2023) untuk pasaran tempatan, hari ini.

Apa yang menarik, BSH tidak menunggu lama untuk membawa masuk model yang menggantikan Honda ADV 150 di katalog syarikat itu, kurang tujuh bulan selepas ia dilancarkan di Indonesia.

Dan harga jualan yang disyorkan untuk Honda ADV 160 (2023) adalah RM 12,999 (asas).

Dua pilihan warna ditawarkan iaitu: 

  • Mat Charcoal Gray Metallic
  • Vivacity Red

Tiba sebagai model baharu, Honda ADV 160 (2023) turut mengalami perubahan rekaan berbanding Honda ADV 150 sekalipun perbezaanya tidak begitu ketara dari sudut pandangan mata kasar.

Tetapi apa yang lebih menarik, selain perubahan rekaan, Honda ADV 160 (2023) ini menggunakan trenkuasa baharu lebih bertenaga dan canggih.

Seperti model yang menggunakan angka 160 jenama itu, ia dipadankan dengan enjin eSP+ bersesaran 156.9 cc, 1 Silinder, 4 Lejang, 4 Injap, Penyejuk Cecair dengan Sistem Suntikan Bahan Api PGM-FI. 

Menggunakan transmisi automatik, kuasa yang dihasilkan adalah 16 PS pada 8,500 rpm dengan tork 14,7 Nm pada 6,500 rpm.

Selari dengan trenkuasa baharu, peningkatan ciri yang cukup dinantikan adalah pengenalan teknologi Honda Selectable Torque Control (HSTC) yang kebiasaannya hanya disematkan kepada motosikal bersesaran besar.

Perubahan lain berbanding Honda ADV 150 termasuklah di bahagian panel meter LCD, kedudukan pelana lebih rendah, pengecas USB dalam ruangan kokpit dan ruang simpanan bawah palana yang kini berkapasiti 30 liter.

Menurut Honda, antara naik taraf yang diberikan kepada model yang menggunakan kerangka ‘Double cradle’ ini adalah di bahagian sistem suspensi yang kekal dengan fork teleskopik (depan) dan penyerap hentak berkembar (belakang) Showa lengkap dengan ‘sub tank‘.

Sementara itu, ciri-ciri menarik yang dikekalkan termasuklah Sistem Hidup Henti (ISS), visor angin boleh laras (2 tetapan), Sistem lampu LED penuh termasuk DRL dan kapasiti tangki bahan api 8.1 liter.

Set roda yang digunakan adalah 110/80-14 (depan) dan 130/70-13 (belakang) dengan jenis tayar dual purpose.

Kepada yang berminat, Honda ADV 160 (2023) akan mula berada di cawangan pengedar sah Honda Motor Malaysia bermula Sabtu ini.

Source: Honda ADV 160 (2023) ‘mendarat’ di Malaysia, ganti ADV 150, ada HSTC, harga asas RM 12.9k!

Leave a Reply

Your email address will not be published.

WelfulloutDoors.com