Ketika majlis bersama media oleh BMW Group Malaysia yang menyaksikan pelancaran BMW 3 Series LCI 2023 (G20), syarikat itu juga mengumumkan 2023 MINI Electric yang dikemas kini, kini dengan bumbung suria panorama, pemanas tempat duduk, serta warna White Nanuq baru.
Selain daripada dua penambahan itu, ciri kelengkapan standard kekal seperti sebelum ini dengan sistem infotainment 8.8-inci yang menyokong Apple CarPlay/Android Auto, manakala audio disalurkan melalui Sistem Bunyi Harman Kardon 12-Speaker 360-watt.
Ciri-ciri lain termasuk paparan HUD, pad pengecasan nirwayar, dan pencahayaan ambien.
Baca: BMW akan CKD MINI Electric di China bermula 2023, produksi di UK akan dihentikan!
Tiada perubahan pada unit trenkuasa elektrik, dengan motor elektrik dinilai pada 184 PS / 270 Nm serta unit bateri 12 modul berbentuk T dengan kapasiti 28.9 kWj.
Pecutan 0-100 km/j ditangani dalam masa 7.3 saat manakala kelajuan maksimum ialah 150 km/j. Jarak gerak memandu pada kitaran WLTP dinilai pada 232 km.
Pengecasan biasa AC dinilai pada 11 kW maksimum, manakala pengecasan pantas DC adalah sehingga 50 kW.
Untuk aspek keselamatan, ia menerima suite ADAS dengan Driving Assistant and Parking Assistant sebagai standard, yang merangkumi AEB, LDW, dan bantuan lampu nyalaan tinggi
Peningkatan ciri kelengkapan dan keselesaan ini mungkin mencerminkan pengumuman semakan harga oleh BMW Group Malaysia minggu lepas.
MINI Electric 2023 kini berharga RM 199,164, meningkat daripada RM 191,164 sebelum ini. Harga yang dinyatakan termasuk jaminan lanjutan dan pakej perkhidmatan.
Baca: Harga BMW & MINI di Malaysia naik, tapi Android Auto/Apple CarPlay sekarang datang standard!
Source: 2023 MINI Electric dikemaskini – tambah bumbung panoramik, harga RM 199k!