Tempahan Honda Civic Type R (FL5) digantung buat sementara waktu di Jepun sebab permintaan ‘kaw kaw!’

Honda Civic Type R FL5 serba baru mungkin antara yang terakhir seumpamanya dalam era di mana elektrifikasi adalah topik hangat dalam kalangan pembuat kereta. Baru-baru ini, Honda Jepun mengumumkan bahawa ia akan menangguhkan tempahan buat sementara waktu bagi hothatch ini.

Menurut maklumat daripada penerbitan kereta Jepun Best Car Web, pengedar Honda di seluruh negara telah dibanjiri dengan tempahan untuk FL5, sehingga sistem loteri telah dilaksanakan untuk memutuskan pelanggan mana yang akan mendapatkannya terlebih dahulu.

Honda mula menerima pra-tempahan untuk Civic Type R di Jepun pada 21-Julai 2022 dengan jualan bermula pada 1-September 2022. FL5 kini dalam pengeluaran di kilang Honda Yorii di Saitama dengan jumlah jualan bulanan yang dirancang sebanyak 400 unit.

Permintaan untuk hothatch ini begitu banyak sehingga Honda membuat pengumuman pada 19-Disember 2022 bahawa ia akan menghentikan pesanan selanjutnya buat masa ini. Mereka tidak menyebut berapa banyak unit telah dijual buat masa ini tetapi berdasarkan kajian Best Car Web sendiri, ia berkemungkinan melebihi sasaran mereka.

Baca juga: 2023 Honda Civic Type R FL5 debut ASEAN – dari RM 470k, lagenda baru dah tiba!

Penerbitan Jepun itu juga menemu bual beberapa pengedar di seluruh negara, dan masing-masing telah menjual segala kuota yang telah diperuntukkan. Sebagai contoh, seorang pengedar Honda di Tokyo mempunyai peruntukkan 72 unit, dan kesemuanya telah habis ditempah.

Pada masa yang sama, pengedar lain di Tokyo menyatakan bahawa mereka menerima kira-kira 20 pesanan setiap minggu selepas pelancaran itu.

Terdapat kira-kira 2,100 pengedar Honda di Jepun. Walaupun setiap pengedar menerima 10 tempahan FL5, ia sudah melebihi 20,000 unit. Ini menunjukkan betapa banyak permintaan yang diterima untuk hothatch ini di negara kelahirannya sendiri.

Tambahan pula, masa penghantaran untuk pesanan yang masuk boleh mengambil masa antara 2 hingga 3 tahun untuk dipenuhi.

Baca juga: 2023 Honda Civic Type R FL5 hadapi tempoh menunggu 2 tahun di Jepun, pelancaran Malaysia bakal tertunda?

Sebagai imbasan semula, FL5 dikuasakan oleh unit petrol 2.0 liter K20C1 4-silinder pengecas turbo yang menghasilkan 330 PS/420 Nm dan berharga JPY 4,997,300 (~RM 166k).

Walaupun Honda Malaysia pasti akan menawarkan FL5 di negara ini secara rasmi sama seperti FK8 sebelum ini, mereka yang ingin mendapatkan Civic Type R baru dengan lebih awal melalui unit recon masih perlu menunggu memandangkan tempoh penghantaran yang panjang.

Baca juga: Malaysia tunggu dulu, Vietnam pertama di ASEAN terima Honda Civic Type R FL5 – diikuti Thailand!

Source: Tempahan Honda Civic Type R (FL5) digantung buat sementara waktu di Jepun sebab permintaan ‘kaw kaw!’

Leave a Reply

Your email address will not be published.

WelfulloutDoors.com