Model SUV kompak baharu Chery dilaporkan dalam pembangunan dengan fokus pembangunannya adalah untuk kegunaan “off-road” ringan. Dikenali dengan nama kod TJ-1, SUV baharu itu mungkin menambah kategori baru di bawah jenama Chery, memperbanyakkan lagi barisan produknya.
Selain itu, berdasarkan laporan daripada Autohome.cn, SUV baharu itu mungkin dilancarkan pada bulan Julai dan Ogos tahun 2023 ini.
Imej lakaran ini daripada portal yang sama menampilkan rekaan yang ringkas dan kelihatan gagah. Perincian ini masih belum dimuktamadkan namun pandangan awal memperlihatkan perbezaan dengan nuansa reka bentuk siri Tiggo mahupun Haval.
Selain itu, Chery TJ-1 ini berkemungkinan akan menggunakan enjin 1.6 TGDI dan 2.0 TGDI, masing-masing memberikan 197 PS hingga 254 PS kuasa kuda.
Transmisi automatik dijangka menggunakan transmisi dwi-klac 7-kelajuan, sebagai tambahan kepada transmisi automatik 8-kelajuan konvensional dengan pilihan transmisi sama, serta didapati dalam pacuan hadapan atau semua roda.
Versi hibrid dan hibrid plug-in juga dijangka akan ditawarkan, mampu mencapai 330 PS kuasa kuda dengan 510 Nm tork, sama seperti Chery Tiggo 8 PHEV. Sumber: Autohome.cn
Baca: Chery Tiggo 8 Pro PHEV membuat penampilan ASEAN pertama di Malaysia, bakal menyaingi Haval H6!
Source: Chery TJ-1 dalam pembangunan untuk bersaing dengan Fortuner, Everest dan Santa Fe!