‘Bukan Rossi paling ‘padu’, tapi Marc Marquez’ – Sete Gibernau

Kepada peminat setia Valentino Rossi dan MotoGP, nama Sete Gibernau sering menjadi igauan buat legenda Itali itu terutama membabitkan perseteruan kedua-duanya di atas litar, satu ketika dulu.

Gibernau (No.15) bersaing dengan Rossi (No.46) di Jerez. Sumber imej: Crash Net Motogp

Sepanjang karier kedua-dua pelumba yang sudah pun ‘menggantung but’ itu, pelbagai kontroversi panas berlaku termasuk siri pelanggaran di atas litar, aduan dan pelbagai lagi.

Juga baca: Valentino Rossi umum persaraan, gantung sut lumba MotoGP penghujung musim 2021!

Gibernau. Sumber imej: Motorsport.com

Dan seperti ingin ‘memanaskan’ kembali perseteruan itu, Gibernau dalam satu temu ramah kepada La Gazzetta dello Sport, baru-baru ini menyatakan pelumba terbaik di MotoGP bukanlah Rossi, yang memenangi 7 gelaran dunia kelas utama tetapi pelumba jauh lebih muda, Marc Marquez.

Marc Marquez. Sumber imej: FB Marc Márquez

Seperti diketahui, jaguh Honda, Marquez yang bergelut dengan pelbagai siri kecederaan memiliki 6 gelaran dunia MotoGP dan berusaha untuk menyamakan angka itu pada musim ini.

Valentino Rossi

“Jika saya perlu memilih satu nama saya masih akan memilih (Marc) Marquez. Dari sudut pandangan saya, dia adalah seorang wira, pelumba terkuat dalam sejarah,” kata Gibernau. “Saya pelik untuk melihat bagaimana dia bertarung dengan musuh baharu, terutama dari sudut psikologi, kebolehan untuk menguruskan kesukaran.

“Marc ketika ini sedang mengharungi tempoh yang tak pernah dilaluinya sebelum ini. Dia tidak pernah berada dalam situasi ini sebelum ini. Dia perlu berurusan yang membuatkan dia bertindak berbeza berbanding kebiasaan.

Juga baca: Marc Marquez bagi Honda amaran, kritik pelumba Honda kutip mata paling ‘ciput’, asyik jatuh!

Gibernau. Sumber imej: FB Crash Net Motogp

“Tetapi saya fikir Marc masih mempunyai beberapa lagi musim untuk berlumba di peringkat tertinggi. Dan jika segalanya berjalan dengan lancar, kita akan dapat melihat Marquez yang ‘baharu’ berada di puncak Kejuaraan Motosikal Dunia, sekalipun ia banyak bergantung kepada Honda.

“Saya dapat bayangkan yang mereka sedang bergelut dengan beberapa masalah dan jika mereka tidak menyelesaikannya, ia pasti sukar untuk menang meskipun memiliki pelumba seperti Marc. Kedua-duanya (Honda) dan Yamaha perlu bekerja keras untuk bangkit.”

Marc Marquez. Sumber imej: FB Marc Márquez

Sepanjang kariernya, Gibernau dari Sepanyol pernah dua kali bergelar naib juara dunia MotoGP pada musim 2003 dan 2004, ironinya ditewaskan oleh Rossi.

Gibernau. Sumber imej: FB f1.mgp

Selain bersama Honda, Gibernau yang kini berusia 50 tahun pernah berlumba bersama Yamaha dan Suzuki namun dua musim terakhirnya sebelum bersara daripada MotoGP adalah bersama pasukan Itali, Ducati.

Gibernau ketika berlumba dalam kelas MotoE musim 2019

Pada 2019, Gibernau membuat ‘comeback’ dan berlumba dalam kelas MotoE bersama pasukan Join Contract Pons 40.

Source: ‘Bukan Rossi paling ‘padu’, tapi Marc Marquez’ – Sete Gibernau

Leave a Reply

Your email address will not be published.

WelfulloutDoors.com