Pengecas EV GO TO-U dilancar di Cyberjaya, akan pacu sasaran 10,000 pusat di Malaysia menjelang 2025

Baru-baru ini, telah berlangsungnya pelancaran stesen mengecas Go To-U EV Lifestyle Hub yang pertama di negara kita iaitu di Cyberjaya. Untuk pasaran Malaysia, kita sudah sedia maklum bahawa kerajaan menyasarkan untuk menyediakan 10,000 unit pengecas EV di seluruh negara menjelang 2025.

Juga bacaMalaysia dalam landasan tepat untuk memasang 10,000 stesen pengecas menjelang 2025, kini dah 700 unit – MITI

Perasmian hab mengecas Go To-U yang terletak di RekaScape, Cyberjaya.

Mengenai hab pengecasan ini, hasil melalui Memorandum of Understanding (MoU) di antara Cyberview Sdn. Bhd. dengan Roda Emas Industries Sdn. Bhd. (REISB) yang terjalin akan memberi tumpuan kepada infrastruktur pengecasan EV. Setakat ini, Cyberjaya sudah ada 17 stesen mengecas.

Kata Timbalan Pengarah Urusan Cyberview, Dr Mohd Hafiz, Cyberjaya sememangnya menggalakkan peralihan ke EV dan kami menyasarkan untuk mengeluarkan kadar pelepasan serendah sifar menjelang 2025. Menjelang 2030 pula, 60% daripada kenderaan di jalan raya akan merangkumi EV.

Dalam acara sama, Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad menjelaskan bahawa setakat ini, negara kita sudah ada 900 tempat mengecas EV.

Juga baca10,700 EV telah didaftar di Malaysia, 100k kereta di jalan raya sudah dielektrifikasi (termasuk hibrid)

Sumber: Harian Metro

Source: Pengecas EV GO TO-U dilancar di Cyberjaya, akan pacu sasaran 10,000 pusat di Malaysia menjelang 2025

Leave a Reply

Your email address will not be published.

WelfulloutDoors.com