KTMB: Trip tren ETS ditambah untuk tampung permintaan cuti Tahun Baru Cina

Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan menyediakan dua tren tambahan bagi perkhidmatan tren elektrik (ETS) bagi laluan KL Sentral – Padang Besar sempena sambutan perayaan Tahun Baru Cina akan datang.

Menurut kenyataan dikeluarkan KTMB, jualan tiket untuk perjalanan/trip tambahan ini bermula hari ini (9 Januari) bagi perjalanan dari 19 – 24 Januari 2023.

Tren tambahan ETS ini akan berlepas dari KL Sentral pada jam 5.05 petang dan dijangka akan tiba di Padang Besar pada 10.34 malam, manakala tren dari Padang Besar akan berlepas pada 11 pagi dan tiba di KL Sentral pada 4.36 petang.

Tren tambahan ini menawarkan 630 tiket setiap hari dengan jumlah keseluruhan sebanyak 3,780 tiket, termasuk koc Business Class, katanya lagi.

Menurut jadual asal, jumlah perjalanan ETS bagi laluan KL Sentral – Padang Besar hanya 5 trip sehari. Dengan tambahan 1 tren bagi setiap hala, sejumlah 6 trip bakal disediakan sepanjang tempoh 6 hari tersebut bagi menampung kenaikan jumlah penumpang.

Orang ramai digalakkan untuk membuat pembelian tiket ETS menerusi aplikasi mudah-alih KITS atau laman sesawang rasmi KTMB bagi pembelian tanpa tunai yang lebih mudah.

Juga baca: Khai Bahar tak kisah tiada kereta walaupun berduit – selesa naik ETS, guna duit beli rumah

Source: KTMB: Trip tren ETS ditambah untuk tampung permintaan cuti Tahun Baru Cina

Leave a Reply

Your email address will not be published.

WelfulloutDoors.com