Pengedar Honda di Seremban telah menjual kesemua stok 2022, kini menjadi muzium Type-R sementara

Jika anda peminat tegar jenama Honda serta teknologi VTEC, apakata anda luangkan  masa untuk turun ke Seremban dan mencuci mata di bilik pameran pengedar di sana yang kini telah berubah menjadi ‘muzium penghormatan model Type-R’.

Anda mungkin pernah mendengar tentang pengedar Honda ini: Ban Lee Heng Motor. Ini bukan kali pertama mereka menukar bilik pameran Honda mereka menjadi muzium Type-R.

Sebab kenapa satu-satunya pengedar Honda Seremban melakukan ini adalah sama seperti yang mereka lakukan dalam tempoh yang sama tahun lepas; semua stok telah habis dijual, termasuk model paparan. Untung kan?

Baca juga: Koleksi Honda Type R paling rare di Malaysia kini di Pusat 3S Honda Seremban!

Mereka mempunyai hampir semua model Type-R yang ikoni seperti Civic Type-R EK9, serta Civic Type-R FK8 dan Integra Type-R DC5.

Kali terakhir mereka melakukan ini, mereka juga mempunyai Civic FD2R tetapi kali ini ia masih ‘berhibernasi’.

Menyertai model Type-R ialah dua model prestasi Honda yang sama ikonik: NSX NA1 dan S2000 roadster.

Daripada apa yang kami faham, kereta-kereta itu agak standard tanpa modifikasi dan dimiliki oleh pengumpul persendirian yang cukup baik untuk berkongsinya dengan orang ramai.

Di bawah keadaan yang sama sekali lagi tahun ini, jualan telah dirangsang oleh pengecualian SST yang mana unit paparan pun telah dijual. Jadi, apa salahnya Ban Lee Heng memberi penghormatan kepada model terbaik dan terpantas jenama itu dengan menunjukkannya kepada orang ramai?

Walaupun kebanyakan daripada kita perlahan-lahan kembali ke kesibukan harian bekerja atau sekolah selepas cuti panjang, kita yang mempunyai masa boleh memandu ke Seremban untuk melihat koleksi ini.

Tambahan pula, Ban Lee Heng Motor sendiri bukanlah pengedar Honda biasa anda. Mereka cepat gemar menyahut cabaran pasaran jualan kereta yang sentiasa berkembang, siap ada YouTube mereka sendiri lagi.

Perniagaan mereka bermula sebagai kedai basikal sederhana sebelum berkembang menjadi peniaga motosikal dan menambah 2 roda lagi untuk menjual kereta.

Baca juga: Lebih 80 unit Honda Type R menyerikan pembukaan bilik pameran 3S baharu Ban Lee Heng di Melaka!

Honda adalah teras keluarga ini dan di bawah pemilikan generasi ke-3, anda boleh yakin bahawa petikan terkenal oleh keluarga mengenai jenis darah mereka kekal benar: “jenis darah-H.”

Baca juga: Top 5: Enjin VTEC dari Honda yang TERBAIK pernah dihasilkan!

Source: Pengedar Honda di Seremban telah menjual kesemua stok 2022, kini menjadi muzium Type-R sementara

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

WelfulloutDoors.com