Lagi maklumat berkenaan Chery Tiggo 9 didedah, boleh saing Hyundai Palisade dan Mazda CX-9!

Sebelum ini, kami pernah melaporkan mengenai pendedahan SUV mercu Chery iaitu Chery Tiggo 9. Kini, beberapa informasi rasmi telah berjaya dikorek oleh Carnewschina. Antaranya, Tiggo 9 akan hadir dengan konfigurasi tempat duduk 2+3+2.

Secara am pula, Tiggo 9 akan menggunakan platform M3X iaitu asas baru yang akan mula diguna oleh Chery. Untuk makluman anda, huruf ‘M’ bermaksud Mars dan ia mewakili explorasi yang berterusan. Nombor ‘3’ pula mewakili 3 kekuatan platform baharu ini iaitu kepintaran, berkuasa dan fleksibel. Huruf ‘X’ pula mewakili inovasi Chery tanpa had.

Dari segi teknikal, platform ini boleh dipadankan dengan trenkuasa konvensional, hibrid plug-in dan EV yang mempunyai enjin (Range Extended Electric Vehicle). Menariknya, saiz Chery Tiggo 9 sebenarnya lebih besar daripada Hyundai Palisade.

Pada bahagian luar, logo Chery pada waktu malam dilaporkan boleh menyala.

Masuk ke dalam pula, antara ciri yang dapat disahkan adalah bumbung suria panoramik, dua tempat pengecas nirwayar dan tombol gear yang seakan tiada.

Untuk penumpang belakang pula, terdapat ciri pemanas tempat duduk dan tirai cahaya matahari.

Setakat ini, kita sudah tahu bahawa Chery Tiggo 9 akan menggunakan enjin 2.0L turbo yang menghasilkan 257 PS dan 400 Nm tork. Kuasa dihantar ke semua roda melalui transmisi automatik 8 kelajuan.

Jadi, dengan pendedahan yang sudah diketahui setakat ini, Chery Tiggo 9 dilihat boleh bersaiz dengan SUV mercu dari jenama Asia yang lain. Untuk itu, teruskan ikuti perkembangan dari kami.

Juga bacaChery dedah Tiggo 9 – SUV mercu yang iras Audi Q8, kabin ala Mercedes GLE. Harga Honda HR-V?

Source: Lagi maklumat berkenaan Chery Tiggo 9 didedah, boleh saing Hyundai Palisade dan Mazda CX-9!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

WelfulloutDoors.com