Maklumat Asas
2018 Nissan X-Trail 2.0 Aero Edition RM 86,000
Sebab saya membeli Nissan X-Trail
Saya sering memandu turun naik Lebuhraya PLUS disebabkan hal kerja, sebuah kenderaan yang lebih besar dan stabil diperlukan untuk keselamatan. X-Trail ini menggantikan Suzuki Swift lama saya yang berusia 10 tahun – ia akan bergegar disebabkan tekanan angin apabila lori minyak besar atau bas ekspres memotong terlalu hampir.
Proses pemilihan kereta
- Saya ada bajet RM 100,000 tunai.
- Antara model-model lain yang saya pertimbangkan termasuklah Mazda CX-5, Honda HR-V, Toyota RAV4
Sebab saya memilih Nissan X-Trail
- Ruang kabin
- X-Trail menawarkan ruang terbuka paling luas di dalam kabin, jarak antara kepala saya dan siling kabin kereta sangat menyelesakan – jarak 2 penumbuk atau 20 cm.
- Saya suka kemasan kulit Nappa berwarna coklatnya, lebih gemarkan ini daripada kemasan kulit hitam atau fabrik.
Pengalaman pengguna
- Saya sudah mencapai jarak perjalanan 18,000 km. Purata penggunaan minyak saya ialah 0.098L/km.
- Sejak saya membeli kereta ini, pendapat saya tentangnya ialah:
- Hebat untuk perjalanan jauh, boleh capai penggunaan minyak sehingga 7L/100km (mode Eco dinyahaktifkan).
Kelebihan Nissan X-Trail saya
- Stabil pada kelajuan tinggi, ketika memotong, di permukaan jalan raya basah, dan ketika off-roading sederhana.
- Ruang kabin luas, sarung kerusi kulit Nappa yang selesa.
- Kecekapan minyak yang hebat dalam pemanduan jarak jauh.
Kekurangan Nissan X-Trail saya
- Penggunaan minyak lebih tinggi dalam pemanduan di bandar, terutamanya ketika dalam kesesakan lalu lintas dengan banyak stop-go (mode Eco diaktifkan).
- Titik buta di bahagian belakang sebelah kiri apabila mengundurkan kenderaan.
- Tempat duduk ketiga untuk kanak-kanak sekadar hiasan saja.
Penilaian Nissan X-Trail saya
Skor penuh: 5/5
Prestasi: 4/5
Kualiti & kelengkapan: 4/5
Ruang: 5/5
Keselesaan pemanduan: 5/5
Penjimatan minyak: 4/5
Harga & kos: 5/5
Rumusan
X-Trail ini dahulunya dimiliki isteri klien saya. Dia berhenti memandunya selepas satu kemalangan kecil dimana bampar hadapannya pecah sedikit ketika memarkir kereta. Kereta ini hanya duduk di ‘porch’ rumah sejak PKP. Klien saya melihat dari Facebook tentang saya memandu-uji bermacam jenis kereta untuk dibeli, dan dia menghubungi saya dengan tawaran untuk menjual kereta isterinya, memandangkan dia sudahpun membelikan isterinya sebuah hatchback sebagai ganti.
Setelah dipandu-uji dan tawar menawar dibuat, saya bersetuju untuk membelinya kerana tawarannya bagus dan kereta ini masih bagus dan elok. Klien saya membelanjakan wang RM 50,000 dari jualan kereta ini untuk membawa isterinya melancong ke Turki, dan membenarkan saya membantunya melabur RM 30,000.
Akhir sekali, saya rasakan warna perak kereta ini agak kusam, lalu saya hantarnya ke kedai untuk ‘wrap’ dengan warna merah ‘matte’ metallic.
Apabila mencari Nissan X-Trail terpakai, pastikan kereta itu sempurna dan ada sejarah servis yang komprehensif. Ataupun, lihat saja unit-unit Nissan X-Trail on Carsome yang cantik sempurna, ditawarkan dengan diskaun tunai menarik serta pakej ‘tinting’ percuma. Tempoh promosi terhad.
📢📢Berminat nak kongsi pengalaman pemilikan anda?
Setelah membaca ratusan kisah Review Pemilik yang dihantar kepada kami, adakah anda berminat untuk berkongsi kisah pemilikan anda sendiri? WapCar dengan berbesar hati menjemput ANDA untuk berkongsi kisah sebenar tentang pengalaman anda bersama kereta anda!
Anda mungkin menerima saguhati istimewa daripada WapCar! Daftar sekarang untuk lebih banyak info! Kami di WapCar akan menghubungi anda setelah anda berjaya mendaftar.
Source: Review Pemilik: 2018 Nissan X-Trail 2.0 Aero, SUV keluarga yang praktikal!