Toyota Hilux berperisai kalis peluru jadi pertahanan kilang Toyota Afrika Selatan – ini spesifikasinya!

Siapa tak kenal ‘Hailak’, lambang kelasakan dan kekukuhan trak pikap bagi rakyat Malaysia. Tapi, alangkah ‘best’nya kalau Toyota Hilux ini diberi kit badan yang menguatkan lagi aura dan praktikalitinya di jalan raya – apa kata kalau ada Hilux kalis peluru?

Toyota Hilux, ‘bakkie’ terkenal di Afrika Selatan, dibangunkan khas oleh SVI Engineering dengan aksesori kalis peluru untuk digunakan sebagai kenderaan anti-rusuhan di negara itu.

Memetik laporan AutoFun Thailand, Pengarah Pembangunan Perniagaan SVI Engineering, Nicol Louw, berkata, badan perisai B6 Stopgun V2.0 mereka menjadi pilihan di kalangan syarikat-syarikat sekuriti di Afrika Selatan dan mereka berbangga yang kini ia menjadi sebahagian daripada armada Toyota SA Motors sebagai perlindungan ancaman.

Salah satu daripadanya ialah insiden mencemaskan yang melanda kilang Toyota Prospecton di Durban, Afrika Selatan beberapa bulan lalu. Kilang berkenaan dilanda banjir teruk pada April 2022 dan terpaksa ditutup selama lebih seminggu pada Julai 2021 disebabkan oleh rusuhan di kawasan berkenaan.

Walaupun kilang tersebut tidak mengalami kerosakan serius susulan dua insiden berkenaan, rusuhan telah menyebabkan lebih banyak kes kecurian alat ganti di kilang itu sehingga menjejaskan produksi serta penghantaran di dalam dan luar negara.

Toyota SA Motors membawa masuk armada Toyota Hilux Revo double-cab yang dipasang dengan perisai SVI untuk digunakan sebagai kenderaan pengawasan dan pelindungan bagi kilang-kilangnya di wilayah KwaZulu-Natal. Setiap satu Hilux 2.4 ini dilengkapi dengan perisai yang memberi perlindungan balistik B4+ dari tembakan peluru seperti AK47, R1, dan R5.

Kit perisai ini termasuklah perisai pintu, suspension dinaiktaraf bagi menampung tambahan beratnya, dan ‘tempered glass’ luaran. Perisai diperkasa yang dipasang pada atap, bampar hadapan, dan semua ‘pillar’ trak pikap ini juga mudah untuk diganti.

Perisai diperkasa turut dipasang pada bahagian bawah ruang enjin di sekeliling bateri serta unit kawalan ABS-nya. Beg udara di setiap arah masih berfungsi seperti biasa.

Memetik laporan Business Day, SVI Engineering berkata Hilux merupakan opsyen lebih murah dan tahan lasak jika dibandingkan dengan kenderaan berperisai generasi lama yang bersaiz lebih besar. Tayar ‘run-flat’ juga disediakan sebagai opsyen – sesuai dengan ancaman yang mungkin diterimanya.

Hebat, kan?

Juga baca: Toyota Hilux: 8 generasi yang melakar sejarah ikonik

Kebaikan & Keburukan: Toyota Hilux Rouge 2020 – ‘best’, tapi tak selesa macam Triton

Rebiu ringkas: Toyota Hilux Rogue 2020 – Trak pikap yang serba lengkap?

Mitsubishi Triton vs Toyota Hilux vs Isuzu D-Max – perbandingan trak pikap 3 penjuru!

Source: Toyota Hilux berperisai kalis peluru jadi pertahanan kilang Toyota Afrika Selatan – ini spesifikasinya!

Leave a Reply

Your email address will not be published.

WelfulloutDoors.com