(Video) Polis trafik disyaki terima rasuah dari pemandu lori, ‘kantoi’ lipat masuk poket

Rasuah bukan saja membawa kemudaratan, malah ia satu faktor besar dalam menghalang kemajuan negara dan bangsa. Kita bergantung pada pihak berkuasa untuk memastikan keamanan dan keselamatan terjaga, namun satu video tular menunjukkan seorang pegawai trafik Polis DiRaja Malaysia (PDRM) seakan-akan menerima wang suapan ketika memeriksa lori semakin memusnahkan harapan ini.

Video berdurasi 41 saat yang tular di Facebook itu menunjukkan seorang pegawai beruniform putih dari Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) PDRM sedang memeriksa dokumen di sebelah sebuah lori muatan berat. Kemudian, terlihat satu tangan – dipercayai milik pemandu lori – menghulurkannya objek kertas bersaiz seperti wang ringgit sebelum pegawai berkenaan melipatnya dua kali dan memasukkannya ke dalam poket.

Lokasi dan waktu kejadian tidak dapat dipastikan. Wajah pegawai berkenaan juga tidak dapat dilihat dengan jelas kerana memakai pelitup muka.

Pantauan di ruangan komen menunjukkan rata-rata netizen mengeji perbuatan berkenaan dan mengatakan yang perkara sebegini sudah lama berlaku. Ramai juga yang berpendapat kedua-dua belah pihak – si pemberi dan penerima rasuah – patut dibawa ke muka pengadilan.

 

Source: (Video) Polis trafik disyaki terima rasuah dari pemandu lori, ‘kantoi’ lipat masuk poket

Leave a Reply

Your email address will not be published.

WelfulloutDoors.com