Toyota Innova HyCross umum harga cecah RM 154k, mahu sasar pelanggan mewah!

Toyota Kirloskar Motor Private Limited (TKM) telah merasmikan Toyota Innova Hycross 2022, MPV 7-penumpang baharu dalam barisan produknya. Model yang sama turut dikenali di bahagian dunia lain dengan nama Innova Zenix.

Sebelum itu, sebanyak 8 varian 2023 Toyota Innova Hycross yang ditawarkan dengan harga bermula daripada varian G 7-penumpang berharga Rs 18.30 lakh (RM 97,593) dengan varian teratas Hybrid ZX (O) berharga Rs 28.97 lakh (RM 154,318)

Enjin 4-silinder 2.0 liter kini hadir dalam 2 pilihan. Pertama, enjin aspirasi semula jadi (M20A-FKS) yang menghamburkan 173 PS dan 205 Nm tork. Kedua ialah enjin hibrid (M20A-FXS) dengan output gabungan 184 PS kuasa kuda.

Toyota Innova Hycross menandakan satu era di mana ia menggugurkan enjin diesel, pacuan roda hadapan untuk semua varian dan tiada lagi transmisi manual. Kesemua ini dicerminkan melalui nama baru “HyCross” bagi mensasarkan pelanggan yang lebih mewah.

Baca: Spesifikasi lagi tinggi daripada Indonesia, Toyota Innova 2023 dilancar di India dengan nama HyCross

Pada bahagian hadapan, Toyota Innova generasi baharu dilihat menampilkan gril besar berbentuk pentagon yang diapit lampu hadapan tirus, tidak jauh berbeza dengan Toyota Corolla Cross. Keseluruhan rekaan adalah berdasarkan tema “Innovative Multipurpose Crossover” yang menjawab mengapa rekaannya kini lebih mirip kepada sebuah SUV.

Baca: Belum sampai sebulan, 2023 Toyota Innova baharu terima permintaan sehingga ratusan unit sehari!

Mengenai konfigurasi tempat duduk, Toyota Innova Hycross mendapat susun atur 7 dan 8 tempat duduk. Konfigurasi 7 tempat duduk mendapat dua kerusi kapten dengan fungsi ottoman untuk barisan tengah varian atasan. 

Susun atur 8 tempat duduk, sebaliknya, mendapat tempat duduk bangku untuk kedua-dua baris kedua dan ketiga. Toyota menyediakan tali pinggang keledar tiga mata untuk semua penumpang.

Aspek keselamatan pula ditampung oleh ciri-ciri standard seperti 6 beg udara, 4 sensor tempat letak kereta (2 hadapan, 2 belakang), kawalan kestabilan kenderaan (VSC), kawalan cengkaman (TRC), kawalan daki bukit (HAC) dan brek ABS + EBD.

Suite ADAS Toyota Safety Sense pula menyenaraikan ciri-ciri seperti:

  • Pre-collision system (PCS)
  • Lane Keep Assist (LKA)
  • Blind Spot Monitor dengan Rear Cross-Traffic Alert (BSM, RCTA)
  • Dynamic Radar Cruise Control (ACC, kamera stereo)

Terdapat 7 pilihan warna sebagai pilihan iaitu Blackish Ageha Glass Flake, Super White, Platinum White Pearl, Silver Metallic, Attitude Black Mica, Sparkling Black Pearl, Crystal Shine dan Avant Garde Bronze Metallic

Toyota India menawarkan jaminan hanya selama tiga tahun atau 1,00,000km, yang boleh dilanjutkan kepada lima tahun atau 220,000km. Pengeluar kereta itu juga menawarkan jaminan selama 8 tahun atau 160,000km untuk bateri hibrid.

Baca: Ini 3 sebab Toyota Innova Zenix di Thailand boleh jadi teksi yang lagi mantap daripada Fortuner

Source: Toyota Innova HyCross umum harga cecah RM 154k, mahu sasar pelanggan mewah!

Leave a Reply

Your email address will not be published.

WelfulloutDoors.com