Penyerahan kumpulan pertama Ora Good Cat di Malaysia kini bermula, berkonsepkan ‘kotak hadiah’ besar!

Great Wall Motor (GWM) Malaysia nampaknya sudah mula menyerahkan kumpulan pertama buat kereta elektrik Ora Good Cat. Bersempena sambutan Hari Natal, kereta yang hendak diserahkan itu dihantar dalam kota hadiah besar yang tidak dinafikan menarik perhatian ramai.

Untuk makluman anda, pemilik kumpulan pertama yang menempah sebelum pelancaran pada 28 November lalu menerima kereta tersebut secara pintu ke pintu. Kalau diikutkan, inilah masa sesuai untuk menerima EV tersebut kerana mereka dapat menikmatinya pada musim cuti akhir tahun.

Secara teknikal, Ora Good Cat di Malaysia ditawarkan melalui varian 400 Pro dan 500 Ultra. Varian 500 Ultra sebenarnya lagi popular dalam kalangan pembeli kerana ia mempunyai jarak pandu sehingga 500 km. Selain itu, ciri pengurut tempat duduk pemandu dan ADAS penuh juga lebih menarik.

Juga bacaKereta elektrik termurah? Ora Good Cat dilancarkan di Malaysia, dari RM 140k, jarak pemanduan 500 km!

Menurut Pengarah Urusan GWM Malaysia, Mike Cui, “Kami berbangga kerana dapat menyerahkan kereta elektrik GWM pertama kepada pelanggan di Malaysia. Kami berharap mereka semua suka akan kejutan penyerahan Ora Good Cat melalui hadiah dalam kotak besar seperti ini”.

“GWM amat bersyukur di atas sokongan dan kepercayaan pelanggan. Perkara ini merupakan peristiwa penting untuk GWM dalam membawa semangat, pengalaman dan tahap kepintaran baharu kepada pelanggan di Malaysia”.

Untuk makluman anda, Puan Low dari Subang Jaya merupakan antara pemilik terawal yang menerima kejutan GWM iaitu di hadapan rumahnya.

Kata beliau, “Saya memang teringin untuk memiliki sebuah kereta elektrik. Jadi sewaktu saya melihat kereta ini di laman GWM, ia terus menarik minat saya”.

“Sebagai seorang yang belum pernah memiliki kereta elektrik sebelum ini, saya tidak sabar untuk menikmati pemanduannya”.

Dengan beransurnya penyerahan kumpulan pertama, GWM juga dalam landasan betul untuk menyerahkan lebih banyak unit kepada pelanggan menjelang perayaan Tahun Baru Cina.

Ulas Mike, “Kami menyasarkan untuk menyerahkan lebih banyak Ora Good Cat pada minggu akan datang menjelang perayaan Tahun Baru Cina dan berharap bahawa pelanggan dapat mengguna kereta baru mereka untuk melawat keluarga dan rakan sewaktu sambutan perayaan tersebut”.

Source: Penyerahan kumpulan pertama Ora Good Cat di Malaysia kini bermula, berkonsepkan ‘kotak hadiah’ besar!

Leave a Reply

Your email address will not be published.

WelfulloutDoors.com