MForce Indonesia lancar CFMoto 250SR, pilihan warna tunggal, harga RM 18k!

Syarikat pengedar motosikal jenama CFMoto di Indonesia, PT. MForce Indonesia melancarkan model ‘Sportbike’ suku liter popular jenama China itu, CFMoto 250SR di pasaran negara berkenaan dan dijual pada harga menarik, Rp 63,500,000 (RM 18,005).

Lebih menarik, harga berkenaan berstatus OTR (Atas jalan) Jakarta dan hanya satu pilihan warna ditawarkan iaitu Hitam.

Sedikit info, MForce Indonesia adalah anak syarikat kepada MForce Bike Holdings Sdn. Bhd yang berpangkalan di Malaysia. Dan antara jenama yang bersama syairkat itu selain CFMoto adalah SYM, SM Sport dan WMoto.

Berbalik kepada CFMoto 250SR, seperti di pasaran China dan Malaysia, ia adalah model ‘Sportbike’ yang memiliki rekaan cukup menarik dan menurut CFMoto, mempunyai prestasi yang boleh diharapkan.

Mengulas trenkuasa, ia menggunakan enjin bersesaran 249.2 cc, 1 Silinder, 4 Lejang, 4 Injap, Penyejuk Cecair, Suntikan Bahan Api dari Bosch, DOHC yang digandingkan dengan transmisi 6 kelajuan klac manual.

Kuasa yang dihasilkan adalah 28 PS pada 9,750 rpm dan tork 22 Nm pada 7,500 rpm.

Untuk menjadikannya tambah menarik dan ‘hensem’, CFMoto 250SR digandingkan dengan pelbagai komponen premium antaranya di bahagian suspensi. Suspensi depan menggunakan fork jenis terbalik (USD) 37 mm dan penyerap hentak belakang tunggal.

Bagi melancarkan penukaran gear, ia turut dilengkapi Klac Slipper.

Di bahagian brek, ia menggunakan brek cakera depan dan belakang. Brek depan dipadankan dengan cakera tunggal bersaiz 292 mm lengkap dengan kaliper 4 piston dan brek belakang bersaiz 220 mm dengan kaliper 2 piston.

Lebih menarik, sistem brek itu lengkap dengan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dua saluran dan turut mempunyai dua mod tunggangan iaitu Sport dan Eco.

Selain itu, ciri-ciri yang boleh menarik perhatian pembeli termasuklah penggunaan panel meter digital TFT berwarna yang lengkap dengan pelbagai informasi dan sambungan ke telefon bimbit.

Informasi penting lain adalah seperti set roda bersaiz 110/70-R17 (depan) dan 140/60-R17 (belakang), berat 165 kg dan kapasiti tangki bahan api 18 liter.

Sebagai info, PT. MForce Indonesia (MFI) sudah mempunyai 28 jaringan pengedar di negara berkenaan yang lengkap dengan konsep 3S (Sales, Service, Sprapart) di Jawa, Bali, Sumatera, Sulawesi, Maluku dan Kupang.
 

Source: MForce Indonesia lancar CFMoto 250SR, pilihan warna tunggal, harga RM 18k!

Leave a Reply

Your email address will not be published.

WelfulloutDoors.com