‘Rider’ OKU hati kental, ketepi trauma, perit sarung kaki palsu jelajah 12 hari Thailand tunggang Yamaha XMax!

Jika anda penggemar aktiviti penjelajah bersama motosikal atau skuter, apa yang berjaya dicapai lelaki ini, yang berstatus OKU (Orang kurang upaya) bersama skuter Yamaha XMax 250 miliknya pasti boleh membuatkan anda kagum beserta cemburu.

Dikenali sebagai Muhamad Anas Sabudin, 34 tahun, lelaki yang kudung kaki kiri hingga atas lutut ini layak dilabel ‘rider kental’ sejati apabila berjaya menamatkan misi mengelilingi Thailand selama 12 hari dengan menunggang skuter miliknya.

Gambar hiasan

Melakukan sesuatu yang pastinya tidak mudah, dan pengalaman Anas yang memulakan perjalanan dari Pulau Pinang bermula pada 8 Disember lalu itu mendapat perhatian akhbar HMetro yang tampil berkongsi jerit perih yang dihadapinya.

Secara keseluruhan, Anas yang juga bapa kepada tiga anak melakukan perjalanan sejauh 5,620 km itu dengan mengelilingi hampir keseluruhan bandar utama negara Gajah Putih itu.

Dan laluan yang diharungi adalah:

Pergi

  • Pulau-Pinang-Danok-Hatyai-Phattalung-Thung Song-Surat Thani-Chumpon-Prachuap-Hua Hin-Mea Klong-Kanchanaburi-Nakhon Sawan-Kamphaeng Phet-Tak-Mea Sot-Umphang-Mea Sariang-Mea Hong Son-Pai-Chiang Mai-Chiang Rai-Mea Sai-Tachileik-Golden Triangle-Phayao-Uttradit—Khao Kho-Phu Thap Boek-Saraburi-Chon Buri-Pattaya-Bangkok.

Pulang

  • Hau Hin-Prachuap-Chumpon-Surat Thani-Pattalung-Hatyai-Danok-Pulau Pinang.

Dan dia juga bertuah apabila turut ditemani beberapa rakan yang juga boleh disifatkan berjiwa besi, Mohd Norazzam Omar, Zuljazmy Zolkefli, Syazwanee Mohd Zin, Saiful Anwar Mohd Rejab dan Mimi Syazuani Ahmad Fuzi yang menunggang kapcai.

Juga baca: Tabik, pemuda ini lengkapkan cabaran ‘Iron Butt’ guna Honda EX5, siap pakai baju dan bawa kotak FoodPanda!

Gambar hiasan

Berkongsi pengalamannya itu, Anas berkata antara cabaran utama adalah berikutan menunggang menggunakan kaki palsu, dia terpaksa menahan pedih akibat kaki melecet.

“Saya pakai kaki palsu setiap masa dan apabila hujan, span dalam kaki akan basah membuatkan saya terpaksa menanggalkannya. Kaki saya juga melecet dan luka kerana pakai kaki palsu dalam tempoh lama, saya kemudiannya tampal plaster di setiap tempat itu setiap kali mulakan tunggangan.

“Saya juga berjalan perlahan dari rakan lain tetapi apabila tiba di perhentian, mereka akan memberi sokongan moral untuk berjalan bersama sekali gus menikmati pemandangan di tempat orang.

Yamaha XMax 250

“Antara cabaran lain adalah kami turut merasai pengalaman meranduk banjir setinggi 0.3 meter dengan arus air laju ketika dalam perjalanan dari Phatthalung ke Hatyai, selain merasai cuaca dingin di beberapa kawasan di utara Thailand.”

Bercerita lebih lanjut mengenai minatnya itu, Anas sebenarnya mendedahkan dia pernah trauma untuk menunggang motoasikal kerana ‘kekurangan dirinya’ itu adalah akibat kemalangan jalan raya ketika berusia 18 tahun pada 2006.

Juga baca: Selepas ‘Iron Butt’ guna Honda EX5 pusing semenanjung, Aniq Izzfan ke Thailand, tapi tak bawa kotak FoodPanda!

Malah, dia yang berasal dari Gunung Semanggol, Perak memerlukan hampir 10 tahun untuk kembali menunggang motosikal bagi memudahkannya berkerja kerana terpaksa menempuh kesesakan saban hari selain mahu mencabar keupayaan diri.

Gambar hiasan

“Kemalangan berlaku apabila motosikal saya dilanggar kereta dari belakang. Kejadian itu boleh dikatakan meragut zaman remaja saya dan rasa down (tidak bersemangat) juga… macam-macam saya fikir termasuk masa depan.

“Ketika itu saya tiada keyakinan dan berasa susah nak tunggang motosikal dengan satu kaki. Apabila rakan pergi ride (jelajah menunggang motosikal) saya ikut juga, cumanya saya pandu kereta.

“Saya kembali menunggang motosikal sejak 2019 dengan sokongan keluarga dan rakan serta mengakui mulanya agak sukar kerana perlu mengimbangi badan supaya stabil dan tidak mudah terjatuh.

Sumber imej: HMetro

“Sejak itu selalu juga saya ride dan hampir Semenanjung Malaysia sudah keliling hingga ke Pattaya, Thailand dan ride 12 hari adalah yang pertama perjalanan jauh mengelilingi Thailand.

“Dengan dorongan dan doa daripada semua terutama isteri dan keluarga, saya menyelesaikan kembara ini dengan baik biarpun mulanya kurang yakin. Secara peribadi saya berbangga dengan diri sendiri yang mencabar keupayaan walaupun kekurangan dari fizikal,” kata Anas yang bekerja sebagai juruukur bahan.

Dan bagi Anas lagi, penjelajahan 12 hari di Thailand bukanlah aktiviti terakhirnya kerana dia sudah pun merancang untuk melakukan kembara ke sempadan China melalui Laos.

Juga baca: Modenas, Dominar D400 2021 sahut cabaran 1,600 km, 24 jam ‘Iron Butt’. Ini fakta menarik mengenai misi ini!

Source: ‘Rider’ OKU hati kental, ketepi trauma, perit sarung kaki palsu jelajah 12 hari Thailand tunggang Yamaha XMax!

Leave a Reply

Your email address will not be published.

WelfulloutDoors.com