Padu ke tak? 5 ‘kekuatan’ ini boleh buatkan anda terpikat dengan WMoto XDV 250i!

Sejak memasuki pasaran bulan ini, penawaran terbaharu MForce, WMoto XDV 250i berjaya mencipta sensasi dan perlu ada sebab mengapa skuter bergaya ‘Adventure’ itu boleh berada dalam ‘bucket list’ anda.

Tiba pada harga asas RM 18,888, WMoto XDV 250i (Standard) diakui tak boleh dianggap murah atau pun ‘marhaen’ tetapi untuk model yang tidak memiliki ‘lawan’ setara, harga berkenaan sememangnya sudah dijangka dan berpatutan.

Tetapi penawaran itu masih boleh dianggap ‘baik’ kerana diperincikan, model terkemuka yang dipadankan dengan enjin bersesaran jauh lebih rendah, perbezaannya tidak begitu ketara terutama apabila ia berada di ‘kedai’.

Jadi kepada yang sedang ‘scan’ atau tercari-cari sebuah skuter pada julat harga berkenaan, dan tidak mementingkan janama, ini perkara yang boleh membuatkan anda terpikat denga WMoto XDV 250i. Jom.

1. Rupa bentuk, rekaan yang memang segak, ‘nampak mahal’ 

Seperti namanya, WMoto XDV 250i memang mengikuti elemen ‘ADV’ yang cukup popular ketika ini. Apa yang lebih menarik, ia sememangnya unik kerana rekaan seperti itu memang tak banyak di pasaran (kelas yang setara).

Selain menarik dan mengikut ‘trend’ semasa, gaya ADV ini, seperti yang dipopularjan satu jenama Jepun juga memang nampak ‘mahal’. 

Untuk WMoto XDV250i, rekaannya tak nampak seperti rekaan ‘ciplak’, namun olahan yang berkualiti seperti lagu yang dicipta komposer terkenal. Jadi kepada yang mahukan perbezaan, ia memang sesuai buat anda.

2. Kualiti binaan yang ada kualiti, tak nampak murah

Selepas agak lama ‘bersama’ WMoto XDV 250i ini, apa yang boleh diakui kualiti binaan skuter ini bukan ‘biasa-biasa’ dan tak nampak murah. Kualiti binaannya, seperti jenama dari MForce lain, memiliki kualiti yang tersendiri.

Malah ia bukan pandangan kami saja, namun daripada maklum balas yang diterima beberapa individu yang turut ‘berminat’ dan merasai skuter ini juga.

3. Prestasi yang boleh diharapkan

Dipacu enjin bersesaran 244.3 cc, 1 Silinder, Suntikan Bahan Api, Penyejuk Cecair, SOHC yang dipadankan dengan transmisi automatik, kepada yang tahu, enjin ini bukan unit yang benar-benar baru dengan keupayaan terbukti.

Kuasa yang pada angka 24.13 Hp pada 9,750 rpm dan tork 22.5 Nm pada 6,750 rpm, mungkin tak rasa begitu mengagumkan, tetapi bagi penulis, ia padu juga kerana setiap kali memulas terotel di persimpangan lampu isyarat, skuter ini tampak seperti tiada pencabar terutama dalam kelas sama.

Di sini, kami tidak mahu bercerita mengenai ‘usul asal’ enjin ini tetapi ia dipasang sepenuhnya di Malaysia. Tapi perlu diakui, ia bukanlah sempurna dan nantikan rebiu penuh daripada kami nanti.

4. Ada dilengkapi teknologi terkini

Ditawarkan pada harga bawah RM20k, WMoto XDV 250i datang dengan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dua saluran.

Selain itu, ia turut memiliki ciri pemantauan tekanan tayar untuk kedua-dua roda (TPMS) dengan maklumat jelas di panel meter dan panel meter jenis digital LCD yang memaparkan pelbagai maklumat yang boleh disifatkan komprehensif.

5. Tak kedekut, ada komponen premium 

Perlu diakui, apa yang menambah ‘kacak’ WMoto XDV250i adalah bahagian suspensinya. Komponen yang digunakan jelas bukan ‘biasa-biasa’ iaitu fork jenis terbalik (USD) jenama Kayaba 37 mm.

Lagi memikat, suspensi belakang datang penyerap hentak bekembar lengkap dengan ‘Sub tank‘ juga dari jenama Kayaba boleh laras (preload).

Di bahagian brek, kaliper yang digunakan adalah dari jenama berkualiti, J.Juan jenis radial yang mempunyai kualiti membrek yang mantap.

Selain itu, ia dilengkapi dengan sistem lampu LED penuh, sistem kunci pintar yang mudah dan efektif serta turut menarik, lampu ‘Sportlight’ dan ‘backlight’ berwarna biru pada suis bar hendal.

Apa yang perlu diakui, pada julat harga sedemikian, sukar untuk jenama-jenama popular memadankan model mereka dengan komponen berjenama dan berkualiti seperti itu.

Kesimpulan

Sebagai tambahan dan hakikat yang perlu diakui, seperti dinyatakan lebih awal, tiada model lain yang setara dengan WMoto XDV250i di pasaran tempatan ketika ini jadi kesimpulan ringkas, ia memang lain dari yang lain.

Dan sebagai makluman tambahan lagi, harga RM 18,888 (asas) itu adalah untuk versi WMoto XDV 250i Standard dan kepada yang mahukan lebih kelainan, harga yang perlu dibayar adalah RM 21,888 untuk versi Project-X.

Untuk ‘Project-X’, ia datang dengan ‘top box’, ‘side panniers’, visor angin lebih tinggi dan menggunakan rim jenis jejari ‘Spoke’ yang menarik ‘tubeless’.

Untuk kepada prospek pembeli, penilaian kami adalah mudah, pilihan dan duit di poket adalah milik anda. Kami hanya memberi pandangan.

Source: Padu ke tak? 5 ‘kekuatan’ ini boleh buatkan anda terpikat dengan WMoto XDV 250i!

Leave a Reply

Your email address will not be published.

WelfulloutDoors.com