Proses mencipta kereta – dari tinjauan pasaran hingga produksi, ada 4 fasa tapi tak semudah ABC

Setiap hari, pengeluar jenama kereta mampu menghasilkan sebilangan jumlah unit mengikut kapasiti dan kepakaran pusat pemasangan mereka. Tetapi sebelum model-model ini masuk ke fasa produksi, mereka terlebih dahulu pasti perlu membangunkannya dan kalau anda nak tahu, setiap generasi kebiasaannya beransur selama 5 tahun. Ada yang kurang, ada yang lebih lama dari itu.

Perodua X Concept yang dipamerkan pada tahun 2018.

Apa yang pastinya, mencipta sebuah model atau penggantinya tidaklah semudah ABC. Kiranya, setiap 5 tahun, para jurutera dan bahagian pembangunan perlu berhempas pulas memberikan bijaksana mereka untuk mencipta pewaris yang lebih baik daripada sebelumnya.

Baru-baru ini, Ketua Bahagian Pembangunan Industri PT Astra Daihatsu Motor (ADM), Mark Widjaja telah berkongsi sedikit sebanyak tentang kaedah pembuatan dan penghasilan kereta yang mana setiap pembangunan model Daihatsu memerlukan empat fasa utama seperti berikut:

  1. Perancangan
  2. Mereka bentuk
  3. Menjuruterakan
  4. Ujian

Fasa perancangan

Untuk Daihatsu, mereka bermula dengan membuat tinjauan pasaran, keadaan persekitaran dan saiz serta spesifikasi yang bersesuaian dengan pengguna.

Fasa mereka bentuk

Seterusnya, Daihatsu akan membuat lakaran, diikuti dengan model tanah liat (eksterior, interior & fungsi) bagi memberi visual dan pengalaman realistik.

Fasa menjuruterakan

Di sini pula, setiap reka bentuk akan diteliti supaya dapat menepati standard yang diperlukan untuk lulus ke fasa prototaip.

Fasa ujian

Bagi anda yang belum tahu, prototaip adalah fasa di mana kereta tersebut sudah mempunyai fungsi yang ingin dilengkapkan pada model yang hendak dijual nanti. Ia akan diuji di jalan raya berlandaskan aspek prestasi, kekuatan komponen, ketahanan dan juga keselamatan.

Juga bacaSpyshot: Belum setahun Proton Saga facelift dilancarkan, dah ada kemaskini baharu dalam perancangan?

Setelah itu, barulah ia lulus untuk masuk ke fasa produksi. Kemudian, bermulalah proses kimpalan, mengecat dan pemasangan yang anda lihat di kilang memasang kereta. Jadi, itulah proses yang setiap jenama kenderaan perlu lalui. Tak mudah tapi pasti berbaloi setelah mereka melihat hasilnya.

Sumber: AutoFun ID

Source: Proses mencipta kereta – dari tinjauan pasaran hingga produksi, ada 4 fasa tapi tak semudah ABC

Leave a Reply

Your email address will not be published.

WelfulloutDoors.com