Turun RM 13k – Harga VW Tiguan Allspace Life 2023 kini RM 160k, spesifikasi masih sama

Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) telah mengumumkan perubahan harga bagi VW Tiguan Allspace Life, dimana SUV itu kini dijual pada harga bermula dari RM 160,590 (OTR tanpa insurans) – menjadikannya RM 13,000 lebih murah berbanding sebelumnya.

Harga yang dikemaskini ini dilaksanakan segera dan tertakluk bagi penghantaran bermula Januari 2023 dan seterusnya. Kelengkapan dan spesifikasi Volkswagen Tiguan Allspace Life kekal sama.

Sebagai model ‘entry-level’ dalam siri ini, Tiguan Allspace Life mempunyai konfigurasi 7 tempat duduk yang menawarkan kapasiti ruang but sehingga 1,775 liter.

Secara visual, Life berkongsi rupa bentuk yang sama dengan varian Elegance, termasuklah gril hadapan lebih kemas dengan jalur lampu beriluminasi Volkswagen di antara lampu hadapan LED sepenuhnya.

Juga baca: VW Tiguan Allspace Life 2022 dilancar di Malaysia – RM 173k, CKD, 150 PS/250Nm

Di bawah hudnya dipadatkan enjin 1.4 TSI berpengecas turbo yang digandingkan dengan kotak gear DSG 6 kelajuan bagi menjana kuasa 150 PS serta tork 250 Nm. Penjimatan minyaknya dikatakan mencecah 7.7 liter/100 km.

Di bahagian dalam kabinnya pula, kelengkapan standard termasuklah kluster meter digital bersaiz 11.7 inci, sistem infotainment Discover Pro berskrin sentuh 9.2 inci dengan sambungan aplikasi nirwayar, navigasi, serta kawalan suara. Pembeli juga menikmati sistem penghawa dingin Climatronic tiga zon dan juga stereng sports pelbagai fungsi bersarung kulit.

Fitur keselamatannya terdiri daripada 6 beg udara, kawalan penstabilan, ABS, BA, multi-collision brake, Intelligent Crash Response System (ICRS), dan brek parkir elektronik. Ia juga dilengkapi sistem Lane Assist dan Driver Alert.

Sebagai info, pemilikan Tiguan Allspace Life disokong oleh maintenance percuma selama 3 tahun serta waranti mileage tanpa had dan bantuan tepi jalan selama 5 tahun.

Juga baca: Volkswagen Tiguan Allspace 1.4 TSI vs 2.0 TSI 2020 – lagi power lagi best?

Source: Turun RM 13k – Harga VW Tiguan Allspace Life 2023 kini RM 160k, spesifikasi masih sama

Leave a Reply

Your email address will not be published.

WelfulloutDoors.com