Review Pemilik: Perodua Bezza 1.0L (A) 2021 – simple dan jimat

Maklumat Asas
2021 Bezza 1.0L (A)

INTRO:
Apabila bercakap tentang kereta, saya sanggup tak ada kelengkapan lain, asalkan kereta itu boleh
diharap, praktikal, selesa, tahan lasak dan jimat minyak kerana inilah perkara-perkara paling penting
bagi saya.

Proses Pemilihan
Ketika itu, saya sedang mencari sebuah kereta baru dan mampu milik bagi menggantikan Proton
Waja saya. Saya diperkenalkan dengan Perodua Bezza 1.0L auto yang padan dengan bajet dan
keperluan saya. Saya agak kurang percaya pada mulanya kerana bagi saya kereta ini berkuasa
rendah dan sangat ‘basic’ berbanding dengan yang 1.3L. Ketika itu masih MCO dan senarai
menunggu untuk dapatkan kereta terutamanya model Perodua Bezza dikatakan akan mengambil
masa empat ke enam bulan. Setelah saya membuat pertimbangan, saya memilih Bezza 1.0L.

Apa hebatnya Perodua Bezza 1.0L (A) ini?
Bandingkan 2021 Bezza 1.0L dan 1.3L, tak disangka… badan luarannya dan ruang kabinnya tak ada
beza. Perbezaannya hanyalah pada kapasiti enjin dan beberapa lagi benda-benda tak penting yang
anda boleh lihat sendiri. Pengalaman pemanduannya dari segi keselesaan dan pengendalian adalah
sama melainkan pecutan dan kelajuan puncak dimana 1.0L kira-kira 15% lebih rendah. Ia sebuah
kereta yang ada gaya berserta tahap praktikaliti yang tinggi dan kemudahan pelbagai selain
dilengkapi Anti-Lock Braking System (ABS), Electronic Brake Distribution (EBD), dua beg udara SRS,
sistem stereng Elektronik Power dan reverse sensor berkembar. Dan apa yang membuatkannya
menonjol pada hemat saya ialah enjinnya yang dilengkapi timing chain, tiada lagi timing belt. Kereta
ini juga sangat mampu milik, misalnya cukai jalannya, hanya RM 20 setahun dan ini menjadikannya
satu pakej ‘utilitarian’ yang amat berbaloi dalam faktor harga dan segmennya.

Kuasa Perodua Bezza 1.0L
Saya telah memandu kereta ini selama lebih 10 bulan dan pada jarak sejauh dari Kuching Airport ke
Kampung Prangkan, Serian dan Kampung Stunggang Ulu, Lundu. Kuasa yang dijana enjinnya biasa-
biasa saja (tapi jangan tertipu, ia boleh memecut dengan agak pantas, ditambah lagi dengan
kelajuan puncak yang ‘steady’). Bagaimanapun, rupa bentuknya dan pengalaman pemanduan yang
selesa menebus kekurangan kuasa ini.

Penjimatan minyak Perodua Bezza 1.0L
Penjimatan minyaknya memang mengagumkan. Misalnya, dengan tangki penuh dari stesen Shell
Siburan ke Kampung Prangkan Mawang dan patah balik ke MJC, Batu Kawa Kuching (jarak
keseluruhan 185 km dengan purata kelajuan 80 km/j pada waktu tengah malam) – turun satu bar
saja. Saya dan rakan yang menumpang memang terkejut!

Keselesaan Perodua Bezza 1.0L
Ruang kabin di depan dan di tempat duduk belakang agak luas. Oleh itu, penumpang cukup selesa
dalam perjalanan jarak jauh dan sudah terbukti kebanyakan penumpang saya akan tertidur dalam
perjalanan bersama Bezza. Ia sememangnya boleh memuatkan lima orang dengan selesa berserta
bagasi mereka juga, menjadikannya sebuah sedan ideal untuk mengembara bersama keluarga.

Kesimpulan
Oleh itu, saya boleh sarankan Perodua Bezza ini kepada semua individu yang mahukan sebuah
kereta mampu milik dilengkapi kemudahan mencukupi. Apa lagi yang boleh saya katakan sebagai
seseorang yang memiliki dan memandu Bezza setiap hari – sedan kompak ini sememangnya antara
pilihan terbaik dalam segmen ‘entry-level’ dari segi harga, kegunaan dan kecekapan. Sekian.

 


📢📢Announcement:

After reading a countless number of Owner Review stories, are you interested in sharing your own story also? WapCar sincerely invites YOU to share the genuine feelings of your car!

You may receive special souvenirs from WapCar! Sign up now to know more! WapCar staff will contact you shortly after you sign up.

Source: Review Pemilik: Perodua Bezza 1.0L (A) 2021 – simple dan jimat

Leave a Reply

Your email address will not be published.

WelfulloutDoors.com