Mitsubishi Xpandar terima 2 ciri baharu di Indonesia, menyusul dalam facelift di sini?

Menjelang penghujung tahun ini, Mitsubishi Xpander 2023 telah menambah dua ciri baharu secara rasmi. Pertama, ciri pengecasan tanpa wayar dan kedua, ciri penapisan udara dalam sistem penghawa dingin (AC).

“Kami menawarkan beberapa penambahbaikan pada model Mitsubishi Xpander 2023, dengan penapis AC untuk varian Ultimate (AT), Sport (AT/MT) dan Exceed (AT/MT).

“Selain itu, khusus untuk varian Ultimate AT, ia turut mendapat ciri pengecasan tanpa wayar, untuk meningkatkan keselesaan pengguna ketika berada di dalam kabin dan pemanduan,” kata Tetsuro Tsuchida, Pengarah Bahagian Jualan dan Pemasaran PT Mitsubishi Motors Krama Yudha Sales Indonesia (MMKSI) menerusi satu kenyataan bertulis.

Ciri baharu pertama yang ditambahkan pada Mitsubishi Xpander ialah Penapis Udara Mikron. Komponen ini berfungsi untuk menghapuskan zarah mikroskopik yang mempunyai kesan negatif terhadap alahan dan kesihatan.

Ciri baharu ini hanya ditawarkan dalam beberapa varian dengan kenaikan harga hanya IDR 1 juta (RM 284).

Zarah bersaiz 20 – 50 µm seperti debunga diserap dan dikeluarkan menggunakan media penapis bukan tenunan. Peredaran udara yang beredar di dalam kabin boleh ditapis dengan lebih sempurna menggunakan medium Micron Air Filtration supaya kualiti udara yang keluar dari penyaman udara adalah dapat lebih segar. Hasilnya, semua penumpang dapat menghirup udara yang lebih bersih dan selesa sepanjang perjalanan.

Baca: Semua pemilik Proton kini boleh menukar penapis kabin kepada penapis N95!

Ciri kedua yang turut ditawarkan dalam Mitsubishi Xpander 2023 ialah pengecasan tanpa wayar. Peranti ini sebenarnya wujud dalam Xpander Cross facelift baharu dan kini ditawarkan ke Xpander standard.

Peranti ini berada di konsol tengah, tepatnya, di bawah unit kepala. Dengan ciri ini, pengecasan bateri telefon bimbit menjadi lebih praktikal kerana hanya perlu meletakkan telefon bimbit pada peranti, kuasa bateri akan dicas secara automatik.

Ciri kedua ini hanya ditawarkan eksklusif untuk varian Ultimate CVT dengan peningkatan harga sebanyak Rp 2 juta (RM 567).

Mitsubishi Xpander pasaran Malaysia

Ketika ini, Mitsubishi Xpander di Malaysia masih belum menerima sebarang kemaskini sejak dilancarkan. Peningkatan kecil ini mungkin sekali naik taraf yang sangat sesuai untuk menyegarkan semula Mitsubishi Xpander ketika pertengahan kitaran hayat produk. Adakah Malaysia akan menerimanya? Foto: Autofun.id

Baca: Mitsubishi Xpander Hybrid dalam perancangan tapi masih bergantung hala tuju polisi k’jaan!

Source: Mitsubishi Xpandar terima 2 ciri baharu di Indonesia, menyusul dalam facelift di sini?

Leave a Reply

Your email address will not be published.

WelfulloutDoors.com