HLYM kemas kini Yamaha Ego Avantiz (2023), pilihan warna, grafik baharu, harga asas RM 5.9k!

Salah satu skuter dalam katalog Hong Leong Yamaha Motor (HLYM), Yamaha Ego Avantiz mendapat kemas kini bagi versi 2023 menerusi pilihan warna dan corak grafik baharu yang dikatakan lebih segar.

Tiga warna yang diperkenalkan bagi versi 2023 itu adalah Kelabu, Merah serta warna ikonik Yamaha, Cyan. Ia menggantikan pilihan warna bagi versi 2022 iaitu Hijau Kusam, Biru dengan warna Merah dikekalkan.

Juga baca: Yamaha YZF-R15M (2022) buat debut rasmi di Malaysia, harga asas RM 14.9k!

Selaras dengan pengumuman pilihan warna baharu, penawaran harga bagi Yamaha Ego Avantiz (2023) turut diumumkan iaitu RM 5,998. 

Seperti biasa, harga yang dicadangkan itu adalah asas tidak termasuk insuran, yuran pendaftaran dan cukai jalan. 

Juga baca: HLYM kemaskini pilihan warna Yamaha MT-15, tambah memikat!

Menurut Yamaha, tiada perubahan dari sudut spesifikasi teknikal dengan Ego Avantis ini kekal dengan enjin berkapasiti 124 cc, 1 Silinder, Suntikan Bahan Api (Fi), Penyejuk Udara, Blue Core, SOHC yang patuh piawaian emisi Euro4.

Menggunakan transmisi V-Belt automatik, trenkuasa itu didakwa mampu memberikan hamburan kuasa yang mencukupi serta menawarkan penjimatan bahan api dengan kuasa yang dihasilkan adalah 9.3 Hp pada 8,000 rpm dan tork 9.6 Nm pada 5,500 rpm.

Informasi penting lain termasuklah kapasiti tangki minyak 4.2 liter, ketinggian pelana 773 mm, sistem henti brek cakera pada roda depan dan jenis dram di belakang dan berat 96 kg.

Kepada yang berminat, Yamaha Ego Avantiz (2023) ini sudah boleh didapati di rangkaian pengedar rasmi HLYM bermula hari ini (22 Disember). 

Juga baca: Yamaha MT-15 (2022) dah ada ABS, Y-Connect, tapi belum sampai Malaysia!

Source: HLYM kemas kini Yamaha Ego Avantiz (2023), pilihan warna, grafik baharu, harga asas RM 5.9k!

Leave a Reply

Your email address will not be published.

WelfulloutDoors.com