40 unit BMW R1250RT mantapkan operasi Kor Polis Tentera DiRaja

Kor Polis Tentera DiRaja (KPTD) memperoleh 40 unit motosikal berkuasa tinggi BMW R1250RT sebagai cara Angkatan Tentera Darat (ATM) untuk mempertingkatkan tahap kesiagaan dan keupayaan kor berkenaan. 

Majlis penyerahan unit-unit BMW R1250RT itu diadakan di Padang Kawad Pusat Latihan Kor Polis Tentera Diraja (PULAPOT), Setapak, semalam dan dirasmikan Panglima Tentera Darat (PTD), Jeneral Tan Sri Dato Seri Zamrose Mohd Zain.

Juga baca: TDM peroleh 180 unit Scrambler Kawasaki KLX 250 perkasa Op BENTENG

Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Dato Seri Zamrose Mohd Zain

Perolehan 40 unit motosikal itu dibuat secara sewaan daripada Syarikat Ammo Defence Sdn Bhd untuk tempoh lima tahun dan ia bertepatan dengan keperluan semasa tentera darat serta membantu KPTD melaksanakan tugas kepolisan dengan berkesan. 

Memetik laporan RTM, Zamrose berkata pihaknya yakin dengan amalan tadbir urus yang mampan, perolehan aset ini mampu membentuk KPTD sebagai sebuah organisasi penguat kuasa yang sentiasa relevan, unggul, disegani dan dihormati.

Juga baca: Spyshot: 2 unit kenderaan tentera ‘klon Humvee’ kini sedang dipandu uji di Malaysia?

Menurut ATM, motosikal BMW R1250RT akan digunakan sebagai kenderaan rondaan keselamatan dan tugas pengiring bagi orang kenamaan, konvoi kenderaan tentera serta konvoi membawa peluru, bahan letupan selain beberapa tugas rasmi lain.

Sebagai info, BMW R1250RT adalah motosikal dari kelas sport touring yang memiliki keupayaan menyeluruh termasuk dari sudut kuasa, keselesaaan dan ciri-ciri keselamatan yang mantap bagi tunggangan jarak jauh.

Motosikal ini menggunakan enjin boxer 1,254 cc yang berupaya menghasilkan kuasa setinggi 136 Hp pada 7,750 rpm dan daya kilas 143 Nm pada 6,250 rpm. Selain KPTD, BMW R1250RT turut digunakan oleh Polis DiRaja Malaysia.

Juga baca: Hyundai dilaporkan ‘sangat berminat’ bekal 400 unit kenderaan 6×6 untuk Tentera Darat Malaysia! 

Source: 40 unit BMW R1250RT mantapkan operasi Kor Polis Tentera DiRaja

Leave a Reply

Your email address will not be published.

WelfulloutDoors.com