Video: Lampu “high beam” Toyota Vellfire terlampau terang dikecam, berbahaya kepada pengguna lain!

Penggunaan lampu yang terlebih terang adalah salah di sisi undang-undang. Cahaya daripada lampu yang terlalu terang boleh menyebabkan silau dan menjejaskan penglihatan di jalan raya.

Isu ini kembali berbangkit apabila sebuah Toyota Vellfire tular dalam satu rakaman dashcam menggunakan lampu pantulan tinggi (high beam) yang sangat terang.

Rakaman tersebut dimuat naik oleh pengguna Nick Qareem dan mendapat reaksi yang kurang menyenangkan oleh warga maya.

Dalam video yang tular itu, sebuah Toyota Vellfire didapati menggunakan lampu pantulan tinggi untuk meminta laluan di lorong kanan. Walau bagaimanapun, keadaan aliran trafik pada ketika itu adalah perlahan disebabkan beberapa buah kenderaan sedang memotong sebuah kenderaan berat di lorong kiri.

Namun disebabkan kurangnya rasa bertimbang rasa, pemandu Toyota Vellfire tetap tidak mahu mengalah dan membuka lampu pantulan tinggi yang terlalu terang. Perbandingan foto di bawah cukup untuk menilai bahawa lampu Toyota Vellfire tersebut berada pada tahap berbahaya.

Dari kiri: Sebelum “high beam”, ketika “high beam” dan kenderaan yang melakukannya

Untuk pengetahuan, lampu kereta HID atau LED, terutamanya jenis ‘aftermarket’ yang dipasang secara aksesori (retrofit), tidak semestinya menepati sudut hala tuju pancaran yang dibenarkan dan inilah yang mengakibatkan silau kepada pengguna jalan raya lain.

Pemilik kenderaan yang memasang lampu dengan pantulan yang terlampau terang ini adalah golongan yang mementingkan diri sendiri kerana mereka tahu apa yang dilakukan adalah salah dan sengaja mahu menimbulkan kegelisahan.

Penguatkuasaan terhadap kenderaan yang menggunakan lampu HID yang dipasang secara aksesori boleh diambil tindakan dibawah Kaedah 94 Kaedah-kaedah Kenderaan Bermotor (Pembinaan dan Kegunaan) 1959 dan boleh dikenakan denda sehingga RM 2,000 atau penjara tidak melebihi 6 bulan dibawah Seskyen 119(1) APJ 1987.

Baca: Pakar: Pengharaman lampu HID patut diperketatkan, saman pemandu atau pengeluar kereta

Source: Video: Lampu “high beam” Toyota Vellfire terlampau terang dikecam, berbahaya kepada pengguna lain!

Leave a Reply

Your email address will not be published.

WelfulloutDoors.com