Trofi juara dunia MotoGP ‘Bagnaia’ lebih berkualiti berbanding ‘Stoner’ – Bos Ducati

Gelaran juara dunia MotoGP yang dimenangi Ducati menerusi Francesco Bagnaia pada musim ini, di mata Ketua Pegawai Ekesekutif (CEO) Ducati, Claudio Domenicalli ‘lebih baik’ berbanding gelaran sulung yang diraih bersama Casey Stoner pada 2007.

Tetapi kata-kata Domenicalli itu pasti bersebab, dan alasan yang membuatkannya berkata demikian adalah kerana Bagnaia meraih gelaran dengan mengerah segala keringatnya yang turut diiktiraf sebagai salah satu ‘comeback’ terhebat dalam sejarah MotoGP.

Francesco Bagnaia

Selepas melakukan kesilapan ‘kurang bijak’ hingga ketinggalan 91 mata di belakang juara musim 2021 Fabio Quartararo berbaki 10 perlumbaan, Bagnaia mencipta kebangkitan menakjubkan dalam sejarah Grand Prix dengan memenangi kejuaraan dengan kelebihan 17 mata di pusingan penutup tirai.

Casey Stoner meraikan kejayaan bersama Ducati

“Ia musim yang tidak boleh dilupakan. Kami tidak pernah meraih keputusan seperti itu dan ia sememangnya cukup membanggakan,” kata Domenicalli. “Ia berbeza daripada tahun 2007, apabila kami memenangi MotoGP bersama Stoner, kami memuktamadkannya sebelum perlumbaan terakhir.

“Kemenangan yang diraih dengan Pecco amat sukar. Pengejaran terhebat menjadikannya lebih baik,” katanya memetik laporan Crash.net.

Ketua Pegawai Ekesekutif Ducati, Claudio Domenicalli

Bagi musim depan, Bagnaia pasti berusaha untuk mengekalkan kejuaraan yang dimilikinya, sesuatu yang gagal dilakukan juara terdahulu, Joan Mir (Suzuki) atau Quartararo (Yamaha) selepas masing-masing meraih gelaran sulung mereka.

Tidak lagi bergandingan dengan Jack Miller, Bagnaia bukan saja memperoleh rakan sepasukan baharu, tetapi pencabar kejuaraan iaitu Enea Bastianini yang turut melakar beberapa kemenangan musim ini.

Sumber imej: FB DucatiCasey StonerFrancesco Bagnaia

Source: Trofi juara dunia MotoGP ‘Bagnaia’ lebih berkualiti berbanding ‘Stoner’ – Bos Ducati

Leave a Reply

Your email address will not be published.

WelfulloutDoors.com