Toyota Veloz Hybrid dijangka menyusul tahun 2023, ambil kesempatan daripada subsidi Indonesia!

Nampaknya Toyota akan lebih serius dalam membangunkan produk elektrifikasi di Indonesia. Lebih-lebih lagi, salah satu produknya iaitu Toyota Kijang Innova Zenix Hybrid mendapat sambutan yang positif, tempoh menunggu untuk varian ini sudah mencecah sehingga pertengahan 2023.

Kemudian tiba giliran untuk Toyota Veloz Hybrid.

Teknologi hibrid yang menjadi tunjang utama Toyota dalam menghadapi era elektrifikasi juga akan digunakan dalam segmen A dan B atau kereta bersaiz kompak, dengan harga jualan lebih berpatutan berbanding produk semasa.

Toyota Veloz, MPV dengan rekaan crossover ini dikhabarkan akan menawarkan varian enjin hibrid yang menggabungkan enjin konvensional dengan motor elektrik. 

Mengenai pelancarannya, sumber yang tidak mahu dikenali daripada P.T Toyota Astra Motor berkata, “Pelancaran Veloz hibrid akan diadakan antara Ogos atau September tahun depan (2023)”.

Toyota berkemungkinan akan mengambil kesempatan daripada Pameran Auto Antarabangsa Gaikindo Indonesia (GIIAS) 2023 yang akan berlangsung pada pertengahan Ogos 2023, atau selepas acara itu.

Pilihan untuk trenkuasa hibrid Toyota Veloz masih belum didedahkan namun terdapat 2 spesifikasi enjin yang menjadi spekulasi.

Pertama adalah enjin hibrid 1,500 cc generasi terbaru dengan kod M15A-FXE. Enjin ini menghasilkan kuasa 91 PS dan tork 120 Nm digabungkan dengan motor elektrik 80 PS dan tork 141 Nm, menghasilkan kuasa gabungan sebanyak 115 PS.

Enjin M15A-FXE telah digunakan oleh beberapa model Toyota segmen-B, seperti Yaris, Aqua, Sienta, hinggalah Toyota Urban Cruiser Hyryder, yang berasaskan Suzuki Grand Vitara di India.

Baca: Suzuki Grand Vitara dengan DNA dari Toyota bakal menjengah Indonesia, menyusul awal tahun 2023?

Daihatsu Rocky Hybrid diintip. Kredit: Cintamobil

Pilihan kedua adalah enjin hibrid 1.2 liter e:Smart yang menghasilkan 106 PS dan 170 Nm. Penjana kuasa hibrid ini berfungsi sama dengan hibrid Nissan e-Power di mana ia merupakan sistem hibrid penuh (siri). Enjin ini memacu Daihatsu Rocky e:smart Hybrid atau Perodua Ativa Hybrid. SUV kompak ini juga pernah diintip di atas jalan raya Indonesia.

Baca: Spyshot: Daihatsu Rocky e:Smart ditemui di Indonesia, ini SUV hibrid mampu milik untuk ASEAN?

Kerajaan Indonesia kini dalam peringkat memuktamadkan, membuat pengiraan, dan menyediakan insentif bagi kenderaan elektrik dan motosikal. Pemberian subsidi ini dikatakan hanya akan diberikan kepada jenama yang mempunyai kilang pengeluaran di Indonesia.

Menerusi insentif itu, pembelian kereta hibrid menerima subsidi sehingga IDR 40 juta (RM 11,383).

Baca: 4 model hibrid Toyota menyusul di Indonesia, termasuk 2024 Toyota Veloz hybrid!

Source: Toyota Veloz Hybrid dijangka menyusul tahun 2023, ambil kesempatan daripada subsidi Indonesia!

Leave a Reply

Your email address will not be published.

WelfulloutDoors.com