SIRIM perkenal sistem pengesan berat kenderaan, khas untuk bendung isu jalan rosak di Malaysia

Semalam, SIRIM Berhad (SIRIM) bersama Institut Metrologi Kebangsaan Malaysia merasmikan Weigh in Motion System (WIM) yang mana ia khas untuk mengesan berat kasar sesebuah kenderaan ketiga bergerak.

Untuk makluman anda, tujuannya adalah untuk membendung kerosakan jalan raya dan mendapan tanah akibat berat kenderaan yang berlebihan.

Menurut Pengerusi SIRIM, Tan Sri Dr Ir Ahmad Tajuddin Ali, sistem ini menambah baik operasi dan kecekapan pihak penguatkuasa yang mana ia memastikan kenderaan komersial mematuhi piawaian muatan di jalan raya.

Sistem yang akan dipasang di jalan persekutuan dan lebuh raya yang menjadi laluan utama kenderaan berat ini kiranya dapat mengurangkan bajet kerajaan untuk menyelenggara kerosakan jalan dan mendapan tanah.

Perasmian semalam yang dibuat di Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang.

Secara teknikalnya, kenderaan yang melebihi muatan boleh dikesan melalui sistem dan boleh terus dikenakan tindakan undang-undang ataupun saman.

Gambar hiasan.

Ulas Tajuddin, sistem WIM ini sudah diguna oleh pengurusan Jambatan Kedua Pulau Pinang, Jambatan Sultan Abdul Hali Muadzam Shah sejak Jun lepas dan oleh Westports Holdings Bhd sejak awal tahun bagi memantau lori-lori kontena.

Dengan adanya sistem ini, kesesakan akibat pihak penguatkuasa mengadakan operasi di jalan raya juga dapat dielakkan kerana teknologi ini boleh mengenalpasti terus akan berat kasar kenderaan yang mana ia telah menjadi punca akan kerosakan jalan raya.

Sumber: Harian Metro

Source: SIRIM perkenal sistem pengesan berat kenderaan, khas untuk bendung isu jalan rosak di Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published.

WelfulloutDoors.com