Mazda CX-50 tembus pasaran China, NA 2.0L/2.5L, hibrid dalam pelan, CX-90 akan tiba pada 2023

Nampaknya, Mazda CX-50 telah menembus pasaran China. Model ini mungkin dipasang lokal (CKD) di fasiliti pemasangan Changan Mazda di Nanjing.

Juga bacaDibina di kilang yang sama, Mazda CX-50 dan Toyota Corolla Cross adalah sepupu yang terasing

Dari segi trenkuasa, Mazda CX-50 di China datang dengan enjin NA SkyActiv-G 2.0L dan 2.5L yang digandingkan dengan transmisi automatik 6 kelajuan. Istimewa untuk enjin 2.5L adalah teknologi nyahaktif silinder bagi mengurangkan penggunaan petrol.

Dalam tahun akan datang, CX-50 akan ditawarkan dengan trenkuasa yang dielektrifikasi. Model hibrid tradisional pula akan diperkenalkan kemudian.

Juga bacaMazda CX-50 yang rosak akibat kemalangan ini lagi mahal daripada unit yang baru, apahal?

Menariknya, Timbalan Pengurus Eksekutif Changan Mazda Automobile Sales Branch, Wu Xuxi turut mengumumkan bahawa untuk tahun 2023, mereka akan memperkenalkan Mazda CX-90.

Juga bacaMazda CX-90 bakal model termewah Mazda – enjin 6-silinder, RWD, plug in hybrid, 7-penumpang!

Setakat ini, makluman lanjut dan harga masih belum didedahkan tetapi produksi Mazda CX-50 di sana sudah bermula dan jualannya dijangka beransur pada awal 2023.

Source: Mazda CX-50 tembus pasaran China, NA 2.0L/2.5L, hibrid dalam pelan, CX-90 akan tiba pada 2023

Leave a Reply

Your email address will not be published.

WelfulloutDoors.com