Yamaha Taiwan tampilkan Yamaha Augur 155 VVA (2023), rekaan ‘luar kotak’, harga RM 17k!

Yamaha melancarkan sebuah lagi model skuter dengan nama sedikit aneh, Yamaha Augur 155 VVA (2023), baru-baru ini di pasaran yang sememangnya popular dengan skuter, Taiwan.

Selain namanya yang agak pelik, Yamaha Augur 155 VVA (2023) juga tampil dengan rekaan yang boleh dikatakan ‘luas biasa’ terutama di bahagian depan.

Juga baca: 90 peratus motosikal Yamaha guna e-motor menjelang 2050?

Tetapi jangan terpedaya dengan reka bentuk atau namanya, harga jualan yang diumumkan untuk skuter ini cukup tinggi iaitu 118,000 TWD (RM 17,005).

Begitupun, ada sebab mengapa harga sebegitu diberikan oleh Yamaha Motor Taiwan iaitu kerana Yamaha Augur 155 VVA (2023) turut dilengkapi dengan spesifikasi dan teknologi terkini yang canggih.

Mengulas bahagian rekaan, mungkin ada yang tersalah anggap ia sebuah skuter elektrik berikutan rekaan depan yang tajam mirip anak panah dengan rekaan lampu yang jika dilihat pada waktu malam seperti sebuah kapal angkasa.

Tetapi ia sebenarnya adalah rekaan lampu utama yang menggunakan projektor LED yang diapit lampu siang (DRL) tirus.

Juga baca: Skuter elektrik Yamaha EMF bakal dilancar, guna teknologi pertukaran bateri GoGoro!

Seperti dinyatakan lebih awal, apa yang membuatkan Yamaha Augur 155 VVA (2023) ‘mahal’ adalah teknologinya. Dan antara yang dipadankan adalah teknologi Y-LLA atau ‘Yamaha Lean Light Assist’. 

Kebiasaannya, sistem Y-LLA ini hanya dipadankan dengan motosikal berkuasa tinggi di mana dengan sistem itu, ia ‘membaca’ sudut miring motor di mana apabila skuter berada di posisi berkenaan, akan ada lampu tambahan untuk meningkatkan pencahayaan.

Selain itu, ia turut dilengkapi dengan sistem ‘Yamaha Adjustable Color Temperature Unit’ atau Y-AU. Menerusi teknologi Y-AU, selain lampu utama Yamaha Augur 155 VVA berwarna putih, ia turut datang dengan lampu LED berwarna kuning yang sesuai digunakan dalam situasi sepatutnya terutama hujan atau cuaca berkabus.

Di bahagian panel meter, ia menggunakan panel kluster digital TFT berwarna bersaiz 4.3 inci yang lengkap dengan ciri sambungan ke telefon bimbit. Layar skrin boleh ditukar kepada warna putih mahupun hitam mengikut kesesuai.

Berbalik kepada ciri sambungan ke telefon bimbit, ia boleh disambung menerusi aplikasi Y-Connect.

Turut menarik adalah Yamaha Augur 155 VVA (2023) ini turut didatangkan dengan ciri penghidup tanpa kunci atau kunci pintar dan lengkap dengan ciri ‘Answer back’, pengecas USB Type A dengan ciri pengecasan pantas dan sistem Kawalan Traksi.

Di bahagian trenkuasa, Yamaha Augur 155 VVA ini dipadankan dengan enjin yang cukup sinonim dengan Yamaha iaitu bersesaran 155 cc, VVA, Blue Core, 4 Injap, 4 Lejang, Penyejuk Cecair, Suntikan Bahan Api bersama transmisi automatik.

Juga baca: Skuter elektrik Yamaha E01 2022 didedahkan, Malaysia antara destinasi terpilih!

Suspensi menggunakan fork teleskopik konvensional (depan) dan penyerap hentak berkembar (belakang) manakala sistem brek menggunakan cakera tunggal depan (267 mm) dan belakang (230 mm) dengan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS).

Informasi penting lain adalah seperti penggunaan rim bersaiz 13 inci (depan dan belakang), kapasiti tangki bahan api 6.1 liter dan ruangan bawah pelana yang luas.

Tak diketahui sama ada Yamaha Augur 155 VVA ini akan dijual selain pasaran Taiwan dan untuk Malaysia, jawapannya mungkin susah ‘nak pergi’.

 

Source: Yamaha Taiwan tampilkan Yamaha Augur 155 VVA (2023), rekaan ‘luar kotak’, harga RM 17k!

Leave a Reply

Your email address will not be published.

WelfulloutDoors.com