Valentino Rossi debut perlumbaan 24H Dubai 2023 bersama WRT, BMW, pelumba Indonesia, Sean Gelael antara rakan sepasukan!

Legenda MotoGP, Valentino Rossi akan membuat debutnya di perlumbaan ‘endurance’ elit, 24H Dubai (2023) bersama pasukan yang sudah memenangi perlumbaan itu sebanyak dua kali, Team WRT dengan senarai pelumba turut diisi bintang Indonesia, Sean Gelael.

Valentino Rossi. Sumber imej: FB Valentino Rossi VR46 Official

Seperti dimaklumkan lebih awal beberapa bulan lalu, Team WRT yang juga penyandang juara akan bekerjasama dengan BMW M Motorsport menggunakan jentera BMW M4 GT3s dalam edisi ke-18 perlumbaan yang dikenali sebagai Hankook 24H Dubai (2023).

Pada edisi 2022, Team WRT bertanding menggunakan jentera Audi R8 LMS Evo. Untuk edisi 2023, perlumbaan itu dijadual bermula pada 13 hingga 15 Januari 2023 di Dubai Autodrome, Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Juga baca: Julang gelaran dunia MotoGP bukan lagi obsesi – Valentino Rossi

BMW M4 GT3s. Sumber imej: FB WRT – W Racing Team

Selain pelumba Indonesia, Gelael dan Rossi, pasukan itu akan turut diisi tiga lagi pelumba iaitu Maxime Martin (Belgium), Tim Whale (Britain) dan seorang lagi pelumba yang masih belum diumumkan.

Sebagai legenda, Rossi bersama rakan sepasukannya akan menggunakan jentera bernombor 46 dengan Team WRT, yang berpangkalan di Belgium turut mempertaruhkan satu lagi jentera yang menggunakan nombor 7.

Pasukan itu akan diisi pelumba pasukan BMW M Motorsport, Dries Vanthoor, yang juga pemenang edisi 2022, pelumba Arab Saudi, Mohammed Saud Al Saud dan Jean-Baptiste Simmenauer. Dua lagi pelumba akan diumumkan tidak lama lagi.

Juga baca: Valentino Rossi ‘ubah selera’, lumba kereta selepas bersara dari MotoGP!

Sean Gelael. Sumber imej: FB Sean Gelael

Selain Rossi yang memiliki senarai kejayaan panjang di MotoGP dengan sembilan kali gelaran dunia, barisan pelumba Team WRT turut memiliki pengalaman dan kejayaan tersendiri antaranya Gelael yang juga pelumba pasukan WRT yang beraksi dalam perlumbaan WEC kelas LMP2.

Prinsipal Team WRT, Vincent Vosse berkata pihaknya amat gembira dengan senarai pelumba yang dibariskan termasuk yang berprofil tinggi seperti Rossi.

Sumber imej: FB Valentino Rossi VR46 Official

“Ia tempoh yang amat sibuk untuk kami berikutan kerjasama baharu yang kami bersama BMW dan bersedia untuk musim 2023,” kata Vosse.

Sebagai rekod, Team WRT memenangi gelaran keduanya pada musim ini selepas kali pertama memenanginya pada tahun 2016, juga menggunakan jentera Audi R8 LMS.

Juga baca: Valentino Rossi ‘rosakkan imej Ducati’ – CEO Ducati, Claudio Domenicali

Selain perlumbaan Dubai 24H, Rossi turut dijadual berlumba di perlumbaan Fanatec GT World Challenge Europe dan Bathurst 12 Hours.

Source: Valentino Rossi debut perlumbaan 24H Dubai 2023 bersama WRT, BMW, pelumba Indonesia, Sean Gelael antara rakan sepasukan!

Leave a Reply

Your email address will not be published.

WelfulloutDoors.com