MForce tambah portfolio, bakal ambil alih hak pengedaran CFMoto di Malaysia?

Syarikat pengeluar dan pengedar motosikal tempatan, MForce Bike Holdings Sdn Bhd (MForce) bakal menambah satu lagi jenama dalam senarai panjangnya selepas dikatakan akan mengambil alih tugas sebagai pengedar CFMoto di Malaysia.

Setakat ini, belum ada kenyataan rasmi dikeluarkan oleh MForce namun pengumuman mengenainya dijangka akan dibuat dalam masa terdekat dengan perkembangan itu didedahkan oleh rakan media, MotoMalaya.

Ketika ini, tugas pengedaran dan pemasangan jenama CFMoto di Malaysia dipegang oleh syarikat KTNS Holdings Sdn Bhd.

CFMoto 250SR

Sebagai info, CFMoto adalah jenama motosikal dari China yang berpangkalan di Hangzhou, Zhejiang.

Juga baca: MForce bakal tambah penawaran Moto Morini di Malaysia tahun depan, Seiemmezzo ‘dalam perjalanan’?

CFMoto 800MT

Syarikat ini terkenal dengan penghasilan motosikal yang berkualiti hasil kerjasama yang dijalin dengan syarikat Austria, KTM dan mempunyai pasukan bertanding dalam Kejuaraan Motosikal Dunia kelas Moto3, musim ini.

Untuk MForce, pengambilalihan hak pengedaran rasmi CFMoto menyaksikan portfolio pengedaran syarikat itu meningkat selepas mereka turut memegang tugas sebagai pengedar jenama seperti Benelli, Keeway, SYM, Moto Morini, QJMotor, Brixton Motorcycles, WMoto dan SM Sport. 

Baru-baru ini, kami di Wapcar sebelum ini pernah mendedahkan MForce akan membawa masuk penawaran terbaharu dalam segmen elektrik pada tahun depan menerusi kerjasama dengan Yadea. Sama-sama kita nantikan pengumuman lanjut.

Juga baca: MForce bakal bawa masuk penawaran elektrik tahun depan, kerjasama dengan Yadea?

Source: MForce tambah portfolio, bakal ambil alih hak pengedaran CFMoto di Malaysia?

Leave a Reply

Your email address will not be published.

WelfulloutDoors.com