BMW Malaysia – 10% dari jualan adalah EV, Januari 2023 akan ada pengumuman ‘besar’

2022 merupakan tahun yang cemerlang buat jualan EV dari BMW Malaysia dan disebabkan ini, tahun 2023 akan ada sesuatu yang lebih besar dari mereka.

Sewaktu perasmian pusat 4S Wheelcorp Premium di Bukit Tinggi, Hans de Visser iaitu Pengarah Urusan BMW Group Malaysia berkata bahawa 10% dari jualan kereta BMW di Malaysia adalah EV. Tahun hadapan nanti, angka ini dijangka meningkat.

Juga bacaAnalisis sampai S3 2022 – jualan EV BMW telah berganda dari sasaran, i5 akan lancar pada 2023

Kata beliau, “Dalam 5 tahun akan datang, segmen premium EV akan meningkat 20% dan kami perlu bersedia untuk menguruskan pertumbuhan ini”.

Untuk tahun 2020 dan 2021 iaitu ketika kemuncak pandemik, BMW Malaysia secara konsistennya telah menyerahkan 8,000 kenderaan. Kalau mengikut trend sama termasuk pertumbuhan pada tahun 2022, EV BMW yang diserahkan dalam tahun ini sebenarnya mencecah 800 ke 1,000 unit.

Kalau anda nak tahu, portfolio model elektrik BMW i di Malaysia dalam 2 tahun ini telah berkembang secara konsisten. Sekarang ini, penawaran model BMW i di pasaran kita terdiri daripada iX3, i4 (& i4 M50), iX dan i7.

Mengenai i7, ia sudah dipertontonkan pada Julai lepas dengan jangkaan harga RM 600k – RM 700k, tetapi penyerahan belum lagi diumumkan.

Menariknya, menurut wakil senior dari BMW Malaysia, Januari 2023 akan ada sesuatu yang besar.

Apa yang kami jangkakan adalah model mercu BMW i7 atau SUV kemuncak BMW iaitu BMW XM (G09) yang berkuasa 653 PS dan 800 Nm tork.

Untuk pengetahuan anda, pada Oktober lepas, BMW Malaysia sudah membuka tempahan buat XM dengan harga bermula RM 1.4 juta, atau RM 820k kalau anda beli di Langkawi.

Juga bacaBMW: EV sahaja bermaksud hanya yang kaya dapat beli, tak yakin enjin pembakaran dalaman patut ditamat

Source: BMW Malaysia – 10% dari jualan adalah EV, Januari 2023 akan ada pengumuman ‘besar’

Leave a Reply

Your email address will not be published.

WelfulloutDoors.com