7,000 tempahan dalam 4 minggu, tempoh menunggu Toyota Innova Zenix di Indonesia cecah 6 bulan!

Tidak mengejutkan, Toyota Innova Zenix yang dirasmikan di Indonesia telah mendapat maklum balas yang begitu baik dari pasaran sana, Setakat ini, kutipan tempahan yang diterima buat MPV yang ikon ini telah melebihi 7,000 unit.

Juga bacaBelum sampai sebulan, 2023 Toyota Innova baharu terima permintaan sehingga ratusan unit sehari!

Menurut Pengarah Urusan PT Toyota Astra Motor (TAM), Anton Jimmi Suwandy, tempahan Innova Zenix setakat 18 Disember sudah dikutip sebanyak 7,200 unit. 70% ke 80% daripada jumlah itu pula adalah varian hibrid.

Kata beliau juga, tempoh menunggu buat MPV, khususnya varian hibrid boleh mencecah 6 bulan. Varian petrol pula boleh dapat secepat 3 bulan.

Secara tidak langsung, Innova Zenix Hybrid berpotensi untuk menjadi model hibrid Toyota paling laku di Indonesia untuk tahun 2022.

Innova Zenix varian hibrid.

Kalau anda nak tahu, dari Januari hingga Oktober 2022, data jualan hibrid Toyota dari Gaikindo menunjukkan bilangan seperti berikut:

  • Corolla Cross Hybrid – 856 unit
  • Camry Hybrid – 250 unit
  • Corolla Altis Hybrid – 163 unit
  • C-HR Hybrid – 70 unit

Untuk makluman anda, tempoh menunggu lama yang dialami oleh pembeli Innova Zenix juga pernah berlaku pada Toyota Veloz di Indonesia. Tetapi selepas beberapa bulan, ia kembali pendek dan pembeli tidak akan lagi perlu menunggu sebegitu lama.

Juga baca2023 Toyota Innova Zenix debut global – dari RM 122k, kini crossover dengan 2.0L NA & hibrid!

Sumber: AutoFun ID

Source: 7,000 tempahan dalam 4 minggu, tempoh menunggu Toyota Innova Zenix di Indonesia cecah 6 bulan!

Leave a Reply

Your email address will not be published.

WelfulloutDoors.com