Berita baik kepada semua pencinta haiwan di Malaysia – kini Maxim e-hailing membenarkan penumpang untuk membawa haiwan peliharaan bersama-sama dalam perjalanan!
Takrif ini diperkenalkan sejak operasi Maxim di Malaysia pada tahun 2018 dan masih kekal aktif dengan maklum balas yang baik dimana penumpang boleh membuat tempahan dengan harga yang berpatutan walaupun dengan tambahan haiwan peliharaan.
Maxim menyedari bahawa tidak semua orang mempunyai pengangkutan sendiri dan kadangkala perlu membawa haiwan peliharaan bersama menaiki kenderaan awam. Dengan Maxim Malaysia, penumpang boleh membawa si comel bersiar-siar, ke klinik haiwan untuk pemeriksaan perubatan, atau ke mana saja yang anda mahu.
Tempahan boleh dibuat di aplikasi Maxim berserta penambahan haiwan peliharaan semasa permintaan dibuat. Langkah-langkahnya adalah seperti berikut:
1. Buka aplikasi Maxim, pilih lokasi ‘pick-up’ anda dan nyatakan lokasi seterusnya yang ingin dituju
2. Tekan butang (Permintaan untuk perjalanan anda) dan tambah haiwan peliharan dalam tempahan
3. Maklumkan kepada pemandu di ruangan mesej mengenai haiwan peliharaan anda
4. Tunggu pemandu tiba dan nikmati perjalanan anda!
Cara terbaik untuk membawa haiwan peliharaan anda di dalam kenderaan e-hailing Maxim adalah dengan duduk di kerusi belakang bersama-sama haiwan peliharaan supaya anda mudah mengawal pergerakan si manja. Anda juga boleh membawa beg atau sangkar kecil bersama.
Juga baca: 5 tip dan cara terbaik bawa kucing dengan selamat di dalam kereta (terutamanya Oyen)
Pada tahun 2022, data menunjukkan bahawa Maxim menerima lebih daripada 500 pesanan dari penumpang yang membawa haiwan peliharaan bersama dan prosesnya berjalan dengan lancar. Kebanyakan tempahan bersama Maxim melibatkan kucing dan anjing untuk tempahan perjalanan ke klinik haiwan atau kedai binatang peliharan.
Source: Perlukan e-hailing ke ‘pet clinic’? Anda boleh bawa haiwan peliharaan naik Maxim!