Bas percuma GoKL tambah dua laluan baru, mudahkan warga Kepong dan Segambut ke MRT

Perkhidmatan bas percuma GoKL kini merangkumi lebih banyak kawasan setelah dua laluan baharu – Laluan Krim (Kepong) dan Laluan Merah Lembayung (Segambut) – ditambah baru-baru ini.

Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Mahadi Che Ngah berkata, penambahan laluan ini meliputi kawasan luar pusat bandar dan boleh membantu mengurangkan kesesakan lalu lintas di Kuala Lumpur. Lebih penting, ia menghubungkan penduduk kawasan perumahan yang berkepadatan tinggi sekaligus boleh mengurangkan penggunaan kenderaan persendirian.

Sebagai info, Laluan Krim yang bermula dari Hab Taman Fadason merangkumi perjalanan 15.7 km dengan 25 hentian termasuk MRT Seri Delima dan PMU Jinjang.

Laluan Merah Lembayung pula bermula dari MRT Jinjang ke Matrade, meliputi jarak 16 km dengan 24 hentian termasuk hentian di stesen KTM.

Perkhidmatan bas GoKL laluan ini mempunyai kekerapan setiap 15 minit pada waktu puncak dan 30 minit pada waktu bukan puncak.

Dengan penambahan dua laluan baharu ini, bas GoKL berkhidmat di 13 laluan secara keseluruhan setakat ini.

Source: Bas percuma GoKL tambah dua laluan baru, mudahkan warga Kepong dan Segambut ke MRT

Leave a Reply

Your email address will not be published.

WelfulloutDoors.com