Perodua telah menghantar bantuan kepada kakitangan wakil pengedarnya, Unimo Enterprises Limited, di Sri Lanka ketika negara kepulauan itu bergelut dalam pemulihan krisis kewangan yang berterusan yang menyaksikan pembekuan import sejak 2020.
Larangan import ini telah menghentikan penjualan kenderaan Perodua di Sri Lanka, yang sebelum ini merupakan pasaran eksport CBU terbesar pengeluar kereta kompak itu. Pada penghujung 2019, model terlaris Perodua di Sri Lanka ialah Bezza 1.0L.
“Krisis kewangan di Sri Lanka juga telah membawa kepada kesukaran hidup dan kami bersyukur kerana kami dapat menghulurkan bantuan kepada rakan kongsi kami di sana,” Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Dato’ Sri Zainal Abidin Ahmad berkata.
Perodua telah menghadiahkan baucar kepada 171 pekerja Unimo sebagai bantuan dalam tempoh yang sukar ini.
“Kami memilih baucar membeli-belah kerana ini adalah cara paling effektif untuk membantu kakitangan Unimo mendapatkan keperluan harian dan kami berharap keadaan di sana akan bertambah baik,” kata Dato’ Sri Zainal.
Unimo Enterprises Limited ialah wakil pengedar Perodua di Sri Lanka sejak tahun 1995.
Baca: Perodua lepasi sasaran 2022 dengan 247,800 unit, catat rekod baharu untuk jualan tahunan tertinggi!
Source: Perodua hulur bantuan kepada rakan eksport di Sri Lanka, Bezza model terlaris di sana!