Rim aloi Ronin & Inovit memasuki pasaran Malaysia, kombinasi prestasi & gaya, siap ada tawaran akhir tahun!

Jika anda jenis yang tidak suka melihat kereta standard, atau sedang mencari rim baru untuk kereta kesayangan anda, kini ada pilihan terbaru di pasaran dengan 2 jenama aftermarket yang sofistikated dan berkualiti tinggi.

Ronin dan Inovit ialah pemain baru dalam pasaran rim aftermarket di Malaysia. Dibawa masuk oleh Ronin Motorsport, dua jenama ini memenuhi kumpulan pelanggan yang sangat berbeza.

Kedua-dua jenama itu dilancarkan secara rasmi dengan rangkaian pengenalan lengkap yang tersedia dalam pelbagai warna dan saiz.

Ronin RFF-01

Pertama sekali, kita lihat Ronin Flow Form Wheels. Dinamakan sempena samurai yang tidak mempunyai lord atau master, rim berorientasikan prestasi ini terdiri daripada 2 reka bentuk dengan saiz 18×8.5J dengan PCD 114.3 atau 112.

Ronin RFF-02

Rim pertama diberi nama RFF-01. Ia mempunyai reka bentuk berbilang jejari yang direka khusus untuk penjimatan berat dan ketegaran struktur. Ia datang dalam 3 warna; Alumit Black, Dark Gun Metal dan Matte Copper.

Rim kedua pula diberi nama RFF-02, dengan reka bentuk gaya mesh yang menampilkan potongan bermesin untuk penjimatan berat. Ia juga datang dalam 3 warna; Black, Matte Gun Metal dan Brushed Silver Aluminium.

Walau bagaimanapun, semua warna tertakluk kepada ketersediaan memandangkan set terhad dibawa masuk.

Seperti namanya, rim Ronin adalah jenis flow-formed. Ini bermakna rim ditempa pada tekanan tinggi semasa dipusing pada kelajuan tinggi. Proses tersebut mengubah struktur molekul dan meningkatkan kekuatan aloi, membuatkan rim tersebut jauh lebih ringan daripada kaedah tuangan biasa. Ronin mendakwa setiap rim hanya seberat 8.4 kg sahaja.

Rim yang lebih ringan bermakna berat unsprung’yang lebih rendah untuk kereta dan ini sangat sesuai dengan fokus kepada prestasi. Rim Ronin direka di Malaysia tetapi dihasilkan di Thailand, dimana ia juga telah melalui proses ujian TÜV (ibarat SIRIM, tapi untuk rim).

Beralih kepada rangkaian Inovit pula, ia disasarkan kepada pemilik yang lebih berorientasikan kosmetik. Walaupun ibu pejabat Inovit berada di Eropah, segala reka bentuk, kejuruteraan dan pembuatan rim Inovit dihasilkan di California, Amerika Syarikat.

Semua rim Ronin dikeluarkan di Thailand tetapi direka di Malaysia.

Rim Inovit dibuat menggunakan proses tuangan (cast) yang lebih mudah. Rangkaian rim Iovit pada masa ini terdiri daripada 3 reka bentuk untuk saiz 19-inci dan 7 reka bentuk untuk saiz 20-inci yang lebih besar, menjadikannya sempurna untuk model seperti Toyota Alphard dan Vellfire.

Pada mulanya, Ronin Motorsport hanya membawa masuk reka bentuk monoblock tetapi akan menambah reka bentuk berbilang bahagian (multi-piece) dalam masa terdekat.

Ronin Motorsport mempunyai rancangan untuk menembusi pasaran serantau baru setiap tahun, bermula dengan Jepun dan kemudian mengalihkan tumpuannya ke Indonesia. Menurut mereka, terdapat kekurangan rim aftermarket di Indonesia, jadi mereka berharap ia akan merangsang permintaan untuk rim mereka merentasi Selat Melaka.

Sekarang ke soalan yang paling penting, harga. Rim Ronin berharga RM 4,200 untuk satu set. Manakala rim Inovit bermula pada harga RM 6,200 untuk saiz 19 inci dan meningkat kepada RM 7,500 untuk saiz 20 inci.

Bagaimanapun, sempena pelancaran dua jenama ini, Ronin Motorsport menawarkan baucar RM 1,000 dengan setiap set yang dibeli sehingga akhir tahun.

Singgah ke bilik pameran mereka di 7, Jalan Pendidik U1/31, Hicom-Glenmarie Industrial Park, 40150 Shah Alam, Selangor, untuk melihat keseluruhan rangkaian rim Ronin dan Inovit.

Source: Rim aloi Ronin & Inovit memasuki pasaran Malaysia, kombinasi prestasi & gaya, siap ada tawaran akhir tahun!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

WelfulloutDoors.com