Proton hantar seramai 16 kakitangan pertama ke China untuk latihan New Energy Vehicle (NEV)

Proton nampaknya menghantar seramai 16 kakitangan ke Hangzhou, China bagi menyertai latihan selama 6 bulan untuk mempelajari tentang kenderaan tenaga baharu (NEV). Program ini menempatkan mereka di Institut Penyelidikan Geely di Ningbo dan dilatih dalam pelbagai bidang yang melibatkan pembangunan, penyepaduan, pembuatan, dan jualan serta perkhidmatan untuk kenderaan generasi baharu yang bakal diperkenalkan secara beransur-ansur oleh jenama automotif nasional ini.

Ahli rombongan itu adalah kakitangan pertama yang menjalani latihan NEV dan terdiri daripada pekerja industri berpengalaman dan jurutera muda yang lulus dari Program Bakat Muda Syarikat. Lebih ramai kakitangan akan dihantar pada masa hadapan memandangkan Proton memerlukan pengetahuan teknikal daripada Geely untuk membangunkan rangkaian NEVnya sendiri.

“Apabila Proton dan Geely mula bekerjasama pada tahun 2017, salah satu matlamat perkongsian itu adalah untuk Proton mempercepatkan jadual pembangunan modelnya dengan menggabungkan teknologi yang sedia ada daripada Geely. Matlamat itu berjaya dicapai dan kini, kami memanfaatkan pengalaman global kumpulan dalam NEV untuk memberi rangsangan kepada jadual masa pembangunan model kami sendiri”.

“Perancangan awal kami adalah memulakan program ini lebih awal tetapi ia ditangguhkan akibat pandemik Covid-19. Walau bagaimanapun, dengan kelonggaran terhadap sekatan perjalanan baru-baru ini, Proton kini boleh meraih manfaat sebagai salah satu jenama automotif kolektif yang paling pelbagai dan berfikiran ke hadapan,” kata Dr Li Chunrong, Ketua Pegawai Eksekutif, Proton.

Pelaburan Modal Insan Untuk Membina Produk Yang Lebih Baik Untuk Rakyat Malaysia

Selain daripada melatih pekerja dalam pelbagai aspek NEV, latihan kerja di China akan membantu dalam menentukan spesifikasi akhir untuk produk seperti Smart #1 iaitu EV pertama yang dijual oleh anak syarikat NEV Proton, PRO-NET yang akan tiba pada suku keempat tahun 2023. Oleh kerana corak penggunaan dan tingkah laku pengguna yang berbeza dari negara ke negara, maklum balas daripada kakitangan Proton adalah penting untuk memastikan ia memenuhi keperluan pembeli Malaysia.

Juga bacaProton pengedar rasmi Smart #1: Pelancaran hujung 2023, sasar 800 – 1k unit setahun, bermula RM 150k?

Memandang lebih jauh ke hadapan, program latihan ini akan membantu mengukuhkan usaha kerjasama apabila kakitangan Proton terlibat dalam pelbagai bidang lebih awal dalam proses pembangunan untuk memperhalusi tawaran yang akan datang demi mencapai jangkaan pasaran tempatan. Matlamat utama bagaimanapun adalah untuk memperolehi pengetahuan dan kemahiran baharu yang akan membantu mengemudi hala tuju masa depan syarikat untuk tahun-tahun akan datang.

Sebelum berlepas pada 10 Disember, setiap ahli kumpulan diberi peluang untuk bercakap dengan pengurusan kanan Proton mengenai jangkaan dan matlamat mereka untuk program latihan tersebut semasa majlis pelepasan. Bagi kebanyakan ahli kumpulan, ini adalah kali pertama mereka bekerja di negara asing, tetapi mereka semua teruja dengan peluang yang diberikan dan komited untuk berkongsi pengalaman mereka dengan rakan sekerja apabila kembali nanti.

Juga bacaSmart #1 keluar kilang macam pisang goreng panas, 500 unit dihantar dalam seminggu!

Source: Proton hantar seramai 16 kakitangan pertama ke China untuk latihan New Energy Vehicle (NEV)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

WelfulloutDoors.com