Kutipan 2022 untuk JPJ setakat 11 Disember dah cecah RM 4.6 bilion, melebihi sasaran RM 4.12 bilion

Untuk tahun 2022 setakat 11 Disember lalu, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah berjaya mengutip sehingga RM 4.6 bilion. Kutipan ini nampaknya melebihi RM 4.12 bilion yang mereka sasarkan untuk tahun ini.

Menurut Ketua Pengarah JPJ, Zailani Hashim, jumlah itu direkodkan melalui pembayaran di 15 kaunter stesen ibu pejabat JPJ, 66 pejabat cawangan dan 22 cawangan di Pusat Transformasi Bandar (UTC). Malah, kaunter bergerak JPJ dan kios layan diri JPJ juga menyumbang faktor.

Secara teknikal, purata kutipan JPJ setiap hari adalah RM 12 juta dan hasil tertinggi adalah menerusi lesen kenderaan motor iaitu RM 2.63 bilion berdasarkan rekod sehingga bulan Oktober.

Peratusan kedua terbanyak adalah dari kutipan lesen memandu iaitu pada RM 483 juta. Yang seterusnya adalah JPJ e-BID (RM 421 juta), bayaran pendaftaran kenderaan (RM 134 juta) dan bayaran menyelesaikan tanpa perbicaraan (RM 119 juta).

Juga bacaNombor plat jadi aset, JPJ berjaya kutip RM 286 juta dalam 10 bulan!

Sumber: JPJ Malaysia

Source: Kutipan 2022 untuk JPJ setakat 11 Disember dah cecah RM 4.6 bilion, melebihi sasaran RM 4.12 bilion

Leave a Reply

Your email address will not be published.

WelfulloutDoors.com