Volvo di Malaysia sasar peratusan penggunaan kereta EV sehingga 75% menjelang 2025

Sewaktu pelancaran Volvo C40 Recharge Pure Electric baru-baru ini, Pengarah Urusan Volvo Car Malaysia, Charles Frump sempat mengulas bahawa mereka begitu komited untuk menjadi jenama kereta mewah elektrik nombor 1 di Malaysia.

Malah menjelang 2025, mereka menyasarkan peratusan model EV sebanyak 75% daripada keseluruhan jualan. Menariknya, sasaran di peringkat global hanyalah 50%. Dalam masa yang sama, syarikat itu berazam untuk mengurangkan kadar pelepasan karbon bagi setiap modelnya sebanyak 40%.

Charles turut mengulas bahawa menjelang 2030, Volvo akan menjadi syarikat pengeluar kereta elektrik sepenuhnya dan melihat kepada perkembangan sekarang, pengarahnya yakin bahawa mereka boleh bergerak lebih pantas.

Volvo XC40 versi EV.

Untuk makluman anda, Volvo C40 Recharge Pure Electric adalah EV CKD kedua mereka selepas XC40 Recharge Pure Electric yang dilancarkan pada Mac lalu. SUV EV bergaya coupe itu menghembuskan kuasa sehingga 408 PS dan 660 Nm tork. Pecutan 0 – 100 km/j pula hanya mengambil masa 4.7 saat.

Sebagai kenderaan elektrik, jarak pandunya boleh pergi sampai 450 km. Mengecas dari 0 – 80% pula mengambil masa sepantas 28 minit.

Juga bacaVolvo XC40 Recharge EV di Malaysia habis licin, raih lebih 400 tempahan sejak pelancaran

Source: Volvo di Malaysia sasar peratusan penggunaan kereta EV sehingga 75% menjelang 2025

Leave a Reply

Your email address will not be published.

WelfulloutDoors.com