Platform IMV0 terbaru Toyota ajar erti sebenar ‘modular’, bentuk kenderaan berbeza dalam 1 jam

Bagi anda yang belum tahu, Toyota Motor Thailand (TMT) sudah menjangkau usia 60 tahun dan sambutannya diketengahkan melalui topik platform IMV iaitu platform yang membentuk TMT sehingga ke hari ini.

Secara teknikal, IMV bermaksud Innovative International Multi-purpose Vehicle dan ia telah menjadi asas buat tiga model terkenal di rantau ini. Yang pertama adalah platform IMV1 ke 3 iaitu untuk Toyota Hilux Single Cab, Space Cab dan Double Cab. Yang kedua adalah IMV4 (Toyota Fortuner) dan yang ketiga adalah IMV5 (Toyota Innova). Mengenai Innova, model baharunya telah menggantikan platform ini kepada arkitektur TNGA-C.

Dalam sambutan ulang tahun TMT yang ke-60, mereka telah mempamerkan kenderaan konsep IMV0. Perasmian ini bukan setakat mewakili budaya kenderaan yang ada pelbagai bentuk badan di Thailand, malah Toyota kiranya telah membawa teknologi modular ke tahap yang lebih atas.

Ini sebabnya.

Dengan pendekatan “tiada satu saiz yang muat semua”, konsep IMV0 boleh dipadankan dengan beberapa bentuk badan dan memasangnya hanya memerlukan dua orang sahaja. Masa yang diambil pun takkan lebih 1 jam.

Kiranya, kenderaan ini boleh dikonfigurasi mengikut keperluan yang hendak ditetapkan.

Antaranya seperti untuk kenderaan keselamatan, trak makanan dan gerai jual bunga. Senang kata, ia boleh menyesuaikan dengan pelbagai jenis penggunaan.

Menariknya, bahagian bamparnya ada tiga. Jadi kalau ada pelanggaran, pemilik hanya perlu menukar bahagian yang rosak, bukannya keseluruhan bampar. Teknologi ini dapat mengurangkan lagi kos pemilikan.

Selain itu, Toyota turut memberitahu bahawa bahagian dalamnya juga modular, khusus untuk menyesuaikan dengan pelbagai tujuan.

Dari segi trenkuasa, Toyota belum lagi mendedahkan sebarang maklumat kerana pelancarannya setahun lagi. Tetapi kalau dilihat pada portfolio Toyota sekarang, trenkuasa enjin dan versi elektrifikasi dijangka beransur pada trak pikap IMV0 ini.

Juga baca: Hilux dengan nadi elektrik? Toyota dedahkan Hilux Revo BEV Concept, trak pikap EV penuh!

Source: Platform IMV0 terbaru Toyota ajar erti sebenar ‘modular’, bentuk kenderaan berbeza dalam 1 jam

Leave a Reply

Your email address will not be published.

WelfulloutDoors.com