Kawasaki ZX-25R kurang padu, perkenalkan Kove 400RR jentera ‘Sportbike’ 4 Silinder dari China!

Kawasaki ZX-25R, jentera 4 Silinder bersesaran 250 cc tak dinafikan berjaya mencetus sensasi dan model yang bakal memasuki pasaran Malaysia dengan nama sedikit berbeza itu bakal menemui ‘pencabarnya’, tetapi di China.

Membuat kemunculan di Pameran Motosikal Milan (EICMA) 2022 bulan lalu, ‘Sportbike’ berkenaan yang dikenali Kove 400RR akhirnya dirasmikan di pasaran kelahirannya, China, baru-baru ini.

Seperti namanya, Kove 400RR, ia dipadankan dengan enjin bersesaran 400 cc, 4 Silinder yang dijangkakan menghasilkan bunyi yang menjadi dambaan ramai peminat motosikal di seluruh dunia.

Dari sudut rekaan, Kove 400RR sememangnya tampil dengan reka bentuk yang agresif, unik yang mungkin disukai atau dibenci terutama di bahagian depan. Tampil dengan rekaan bersegi ala Kawasaki ZX-10R, Kove 400RR turut dipadankan dengan ‘Winglet’ besar ala jentera MotoGP. 

Kepada yang tidak menggemarinya, ia mungkin boleh dimaafkan menerusi spesifikasi di bahagian trenkuasa.

Secara teknikal, Kove 400RR dipadankan dengan enjin 400 cc, 4 Silinder, 4 Lejang, Penyejuk Cecair, Suntikan Bahan Api Bosch. Kuasa yang dijana enjin yang didakwa dibangunkan Kove sendiri itu dikatakan setinggi 67 Hp pada 13,500 rpm dan tork 36 Nm pada 12,000 rpm. 

Menariknya, Kove mendakwa ‘Sportbike’ ini mampu merekodkan kelajuan maksima 220 km/j dan jika benar, ia memang padu.

Seperti yang dipamerkan, antara informasi lain Kove 400RR adalah seperti berat 158 kg, kapasiti tangki bahan api 15 liter, sistem lampu LED penuh dan panel meter jenis digital TFT dengan ciri sambungan ke telefon bimbit.

Suspensi menggunakan fork jenis terbalik (USD) di bahagian dengan dengan jarak pergerakan 120 mm dan penyerap hentak tunggal (belakang). Sistem brek menggunakan cakera berkembar bersaiz 300 mm (depan) dan cakera tunggal 200 mm di belakang lengkap dengan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS).

Setakat ini, tidak dapat dipastikan sama ada Kove mahu meluaskan jualan Kove 400RR di luar China tetapi jika ia dipamerkan di EICMA, ia pastinya sesuatu yang boleh dijangka.

Juga baca: CFMoto 450SR ditayang untuk pasaran Malaysia, 50 Hp, brek Brembo, harga RM 29.3k!

Juga baca: QJ Motor SRT800 (2022) rasmi di Malaysia, dua varian, harga bermula RM 39.8k!

Source: Kawasaki ZX-25R kurang padu, perkenalkan Kove 400RR jentera ‘Sportbike’ 4 Silinder dari China!

Leave a Reply

Your email address will not be published.

WelfulloutDoors.com