Hilux dengan nadi elektrik? Toyota dedahkan Hilux Revo BEV Concept, trak pikap EV penuh!

Dalam acara sambutan Toyota 60th Anniversary Celebration yang diadakan di Thailand, Akio Toyoda iaitu Presiden & CEO Toyota Motor Corporation mendedahkan sebuah prototaip trak pikap elektrik iaitu Toyota Hilux Revo BEV Concept. Dalam masa yang sama, beliau turut mempamerkan trak pikap IMV 0 Concept.

Menurut Akio, “Pelancaran Hilux Vigo merupakan antara detik paling diingati dalam kareer saya. Sebagai penghargaan, saya mengambil keputusan untuk mencipta trak pikap IMV baharu untuk Thailand”.

Secara amnya, Hilux Revo BEV Concept dibangunkan sekali dengan IMV O Concept iaitu di Thailand. Jelas beliau, “Kedua-dua konsep mewakili penggunaan di spektrum yang berbeza. Salah satunya direka untuk menyokong pembangunan ekonomi sejagat dan satu lagi untuk menyokong neutraliti karbon dan persekitaran yang lebih baik untuk semua”.

Mengenai IMV 0 Concept, trak pikap itu merupakan kenderaan komersial modular yang boleh dikonfigurasi mengikut keperluan. Menurutnya, kenderaan itu boleh dipasang dengan bentuk berbeza dengan hanya memakai dua orang dan ia boleh siap dalam masa 1 jam sahaja. Bahagian dalamnya pun modular.

Apapun, makluman mengenai trenkuasa atau bateri belum lagi didedahkan kerana Akio Toyoda memberitahu bahawa pelancaran rasminya mungkin lagi setahun.

Sementara itu, di United Kingdom, pembangunan Toyota Hilux elektrik sel bahan api (FCEV) telah bermula. Ia akan guna komponen trenkuasa dari Toyota Mirai, iaitu sistem sel bahan api generasi kedua dari Toyota.

Juga bacaPakar dalam teknologi hidrogen fuel cell, Toyota tawar teknologi kepada bas Mercedes-Benz

Dengan pemasangan yang akan berlangsung di Burnaston, kilang Derbyshire, wakil syarikat itu memberitahu bahawa prototaipnya akan siap pada tahun 2023.

Perkara ini sememangnya selari dengan matlamat Toyota untuk mencapai neutraliti karbon.

Juga bacaPembangunan Toyota Hilux berkuasa hidrogen FCEV sudah mula; prototaip akan siap pada 2023

Source: Hilux dengan nadi elektrik? Toyota dedahkan Hilux Revo BEV Concept, trak pikap EV penuh!

Leave a Reply

Your email address will not be published.

WelfulloutDoors.com