Bomba jalankan latihan khas menyelamat kenderaan Honda Hybrid – apa perbezaannya?

Pasukan dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) telah berjaya menjalani latihan manual menyelamat kenderaan Honda Hybrid baru-baru ini.

Menurut Honda Malaysia, latihan ini merupakan salah satu daripada usaha syarikat untuk mendidik pasukan responden pertama tentang ilmu dan garis panduan sebenar dalam usaha menyelamat jika berlakunya kemalangan membabitkan model-model Honda Hybrid.

“Disebabkan keselamatan sentiasa menjadi keutamaan untuk para pelanggan kami, kami sentiasa bersedia dalam membantu pasukan penyelamat mencari pendekatan sebenar bagi kenderaan Honda Hybrid,” tulis Honda Malaysia dalam satu kenyataan semalam.

Sebagai info, model Honda Hybrid (i-MMD) mempunyai trenkuasa hibrid dwi-motor yang terdiri daripada motor pemacu serta motor/generator dan pek bateri litium-ion. Tiga fungsi utama enjin petrolnya adalah untuk menguasakan generator ini bagi membekalkan elektrik kepada motor pemacu, untuk menggerakkan roda hadapan secara langsung, dan untuk mengecas pek bateri.

Motor/generator berkenaan bertindak hanya sebagai motor untuk menghidupkan enjin dan beroperasi sebagai generator disepanjang pemanduan. Apabila enjin petrol konvensionalnya beroperasi, generator ini berputar pada masa sama untuk mengecas bateri untuk kegunaan di masa hadapan.

Sistem regenerative braking dalam model Honda Hybrid juga berperanan sebagai penjana tenaga yang boleh disimpan di dalam pek baterinya. Bateri di dalam kenderaan Honda Hybrid disimpan di bahagian bawah kereta supaya pengendalian boleh dipertingkat dan ruang kabin dapat dimaksimakan.

Juga baca: Rebiu: Memandu Honda City RS 2020 dengan enjin i-MMD pertama dunia di Malaysia

Ternyata, sistem hibrid berbateri ini memerlukan pengendalian yang sedikit berbeza daripada kenderaan konvensional dan pasukan penyelamat harus ambil tahu kaedah-kaedah menyelamat yang betul sekiranya kemalangan membabitkan kenderaan sebegini berlaku.

Source: Bomba jalankan latihan khas menyelamat kenderaan Honda Hybrid – apa perbezaannya?

Leave a Reply

Your email address will not be published.

WelfulloutDoors.com